Rockaway 2009
Submit By : Joe =
Tahniah diucapkan kepada One Buck Short and Friends serta Penaja utama Jack N Jill kerana telah menganjurkan satu event yang paling bermakna buat peminat muzik tempatan. Konsert terbesar(Free) pernah diadakan untuk mengembalikan semangat “Support Our Local Act!” Malaysia. Team Malayapark telah sampai seawal jam 2PM dengan perut yang kosong termasuk la aku semata-mata untuk menyaksikan persembahan hebat band-band tempatan. Sebelum konsert bermula sambutan hari jadi Mastoya dan Kami_kamu didahulukan dengan kek yang ditempah khas dari hotel tempat kerja Chef Mel aka TerGenDalA. Sedap kek tu Mel kalau dapat free lagi sedap heheh.
Line Up
Car Crash Hearts
Medusa
Couple
Deng Deng_Etc
Bittersweet
Cassandra
The Times
Seven Collar T-Shirt
Bunkface
Estranged
Restraint
Pesawat
Love Me Butch
Pop Shuvit
One Buck Short
Awal-awal lagi pentas sudah panas dengan persembahan Car Crash Hearts dan Medusa dan crowd sudah semestinya tak dapat tahan kaki dan tangan untuk melibas apa saja yang berada di depan mereka termasuk la aku. Pengacara juga tak kurang hebatnya hahah.. asyik bikin crowd panas jer lain kali baling la air tu bnyk2 hoho baru la nk mosh pon xletih BTW thanks to Sara sebab nampak jugak muka aku yang kehausan ni. Dikala Rockaway2009 berlangsung terdengar cakap-cakap belakang mengatakan “everything is perfect” kecuali satu saja iaitu pasal microphone.. sepatutnya mic tu kasi wireless lain kali, kesian kat Restraint dengan Syarul(Vox Love Me Butch) nampak sangat diorang xselesa nk pusing-pusing hahah.. Persembahan petang tu aku xdapat tengok banyak sangat termasuk la band Seven Collar T-shirt (Sempat dengar Faith dari jauh), Bunkface dan The Times. Dengar cerita salah faham (bodyguard dengan fans) masa The Times perform. Bodyguard pon jgn la kasar-kasar sangat hehe.. papehal dah memang kerja diorang untuk pastikan konsert tu berjalan dengan lancar.
Kudos to One Buck Short kerana telah menganjurkan non stop performance, kelihatan crowd enjoy semua lagu walaupun ada banyak lagu-lagu baru diperdengarkan. Overall A++ untuk Rockaway 2009 tahun depan buat lagi kalau suruh bayar pon aku tetap akan pergi.
Gambar-gambar Sekitar Rockaway2009
Photo by Abeskala
Sila ke galeri gambar Rockaway 2009 untuk melihat gambar-gambar lain : http://malayapark.com/gallery/rockaway/default.htm
pokche on
cess..tade pun aku dlm gambo2 post nih..seb baik dlm gallery ade..huhu
TerGenDalA on
jo !! promot2 kek aku,,, wakakkaaaaa
momoque on
waa..
aku mmg njoy abis konsert nie
balik je trus sakit2 bdan
wakakkaa
ey
pixca aku ade
haha
jgn jeles pokche
wakaka
mel
sponsor kek aku plz
wakakaa
kek cokelat taw
atas nak stoberi
(waaa..demand tul..wakakkaa)
aku ske gler sowe vox love me butch
haha
sume band yg perform besh
caya sme obs sebab organise konsert nie
ahaha