Lagu Raya dari Pesawat – Menjelang Syawal
Submit By : Joe =
Bersempena menyambut hari raya yang bakal tiba, PESAWAT telah melancarkan muzik video bagi lagu raya mereka yang berjudul ‘Menjelang Syawal’.Diarahkan oleh Razaisyam Rashid yang pernah turut terlibat dalam menerbitkan muzik video pertama PESAWAT iaitu ‘Mirage’. Muzik video ‘Menjelang Syawal’ mengambil konsep filem pendek di mana jalan ceritanya telah diadaptasi dan diolah semula dari sebuah buku berjudul “Sepucuk pistol di dalam laci” nukilan Hadi M.Nor dan Sufian Abas.
Mengisahkan perseteruan antara dua kumpulan gangster iaitu Geng Punai dan Geng Garuda dalam menakluk kawasan di bandaraya Kuala Lumpur. Muzik video ini menampilkan anggota band PESAWAT sebagai ahli Geng Punai manakala Adibah Noor sebagai Kak Pah, Rom Mohd Nor (pengasas majalah muzik ROTTW) sebagai Ketua Geng Garuda dan vokalis band Couple iaitu Aidil Rusli sebagai orang kanan Geng Garuda. Ini merupakan kali pertama ahli PESAWAT tampil sebagai pelakon utama.
PESAWAT dianggotai oleh Jipie (vokal/gitar), Mann (bass), Kudux (drums), NizamCamel (gitar) dan Danial (synthesizer).
Saksikan muzik video ‘Menjelang Syawal’ di www.youtube.com/pesawatube atau http://youtu.be/arZRtL4HpXk
Dengarkan lagu ‘Menjelang Syawal’ di http://soundcloud.com/pesawat/menjelang-syawal
Lirik lagu Menjelang Syawal
Lirik oleh Jipie
Muzik oleh PESAWAT
Terdengar Suara Takbir
Kalimah Agung dilaungkan
Riuh Rendah di dapur
Lemang Rendang dihidangkan
Budak budak di laman
Kecoh bermain mercun
Mengimbau kenangan
Sanak saudara berhimpun
Alangkah bahagia di jiwa
Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yg gemilang Kau beri pada hambaMu
Di kala Syawal
Kini tiba masanya
Bergembira di Hari Raya
Ziarah menziarahi
Sengketa lalu tak usah dikenang lagi
Di Aidilfitri
Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yang gemilang
Kau beri pada hambaMu
Menyambut hari kemenangan
Dengan penuh rasa syukur
Hanya satu yang ku pinta
Ampun dan maaf dari mu
Di kala Syawal
Selamat berHari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta
Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yang gemilang
Kau beri pada hambaMu
Menyambut hari kemenangan
Dengan penuh rasa syukur
Hanya satu yang ku pinta
Ampun dan maaf dari mu
Di kala Syawal
Selamat berHari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta
Selamat berHari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta
Download Menjelang Syawal to your phone now!
CRT: Type *131*224319# & press send (maxis)
Type CT 0127074 & send to 2000 (Digi)
Type CMT 123232 & send to 22990 (celcom)
Type CT 306176 and send to 28118 (Umobile)
FullSong: type GET 10561498 & send to 29000 (Maxis)
FullSong : type GET 23900629459 and send to 2000 (Digi)
“Support Our Local Acts” – Joe Malayapark
Comments