Veraciouz | MalayaParkDotCom

Veraciouz

Submit By :

Veraciouz

“Asal usul nama Veraciouz di ambil sempena perkataan Veraciouz yang mana bermaksud “apa saja yang kami sampaikan adalah datang dari hati, atau dari perasaan kami tentang kehidupan dan persekitaran”

Veraciouz mula ditubuhkan pada tahun 2005 dengan menggunakan nama Stardust Fever dan lebih cenderung kepada muzik ska. Band yang berasal dari Wangsa Maju ini pada mulanya dianggotai oleh Faez aka guitar, Johan aka Guitaris (Ferns), Am(Teardrop Train) aka bass, Bob aka Drummer dan Shakir/Hazwan aka vox. Kemudian pada tahun 2007 band ini telah menukar nama dari Stardust Fever kepada Veraciouz dan line up juga berubah dimana Bob aka lead guitar, Hazwan aka bass, Aizat aka drummer dan Faez aka Vox, guitar dan keyboard. Akan tetapi line up ini tidak kekal lama apabila Aizat mengundurkan diri dari band ini dan mereka terpaksa merombak sekali lagi dimana kali ini Bob kembali menjadi drummer semula, Hazwan kekal sebagai bass dan begitu juga Faez.

Dengan menjadikan Muse, Queen, Damien Rice, Nightwish, Him, Rasmus, dan Dewa sebagai pengaruh terbesar dalam menghasilkan lagu-lagu. Mereka juga tidak fokus hanya pada satu genre sahaja tetapi kebiasaannya dalam menghasilkan lagu-lagu mereka tidak lari dari pop atau rock. Mereka sudah pun menghasilkan 2 demo tetapi hanya satu sahaja yang telah direaleskan kepada umum iaitu Musnah manakala teaser untuk lagu kedua akan dikeluarkan bila mereka benar2 bersedia. Dan ada 2 lagu lagi yang telah dirakamkan. Mereka juga lebih mengutamakan isu kualiti berbanding kuantiti dan sekarang mereka masih berada didalam proses untuk mengeluarkan ke empat-empat demo tersebut sebelum hujung 2011.

Maksud disebalik lagu Musnah.
“Secara umumnya lagu musnah yang di ambil dari pengalaman( Base on true story) lebih ke arah cerita pasal putus cinta .Lyric dan muzik oleh Faez. Arrrangement pula dari sentuhan faez dan bob . Pembikinan Demo musnah ni sebenarnya dilakukan secara live dalam tempoh2 jam . Mixing dan mastering semua sendiri masa itu mungkin itu faktor utama semua radio station (kecuali Hot Fm dan satu station milik RTM) tidak berminat untuk mainkan lagu kami. Terdapat beberapa versi lagu Musnah sebelum ini memandangkan kami mengambil kira pendapat rakan2 terdekat. Tajuk Musnah pun hanya dapat dinamakan selepas lagu siap dirakamkan dan dicadangkan oleh seorang rakan bernama Imran”.Faez. Bagi pendapat aku lagu Musnah ini ada potensi dan dapat diterima oleh masyarakat. Jika anda peminat band2 seperti Bliz, Bactrim or Exits (hehe) lagu Veraciouz ni lebih kurang sama ja tak lari jauh pun genre pun sama rock.

Buat masa kini mereka masih belum menyertai mana2 gig dan hanya bermain di prom night gala dinner dan kenduri kawin ( at least merasa gak diorg main gig). Mereka juga pernah ditawarkan bermain gig tetapi dikenakan bayaran memandangkan band pada masa itu tiada nama dan masih belajar jadi tidak mampu untuk menanggung bayaran.

“Kami berharap dapat ke depan untuk memeriahkan industri muzik Malaysia. Dan yang paling penting , walaupun berbekal lagu ciptaan sendiri, pertaruhan dan pelaburan kami untuk persediaan single2 yang akan datang mendapat perhatian dari semua radio tempatan dan dapat diterima pendengar.”

Line up:
Bob aka Drummer
Hazwan aka Bass
Faez aka Vox , Guitar and Keyboards.

Lagu:
Musnah (Klik untuk muat turun lagu Musnah)

For more info/ gig contact:
Facebook : http://www.facebook.com/Veraciouz
Myspace : http://www.myspace.com/veraciouz
Twitter : http://twitter.com/TheVeraciouz
Web: http://www.veraciouz.com/

by Nicexx

Comments