The Mines

Submit By :

The Mines.

The Mines, itulah nama band yang aku mahu review this time. Pandangan pertama aku bila dgr lagu dari band ni kat facebook macam kurang menarik la mungkin sebab recording dier ada out sikit tp bila dengar second time asingkan kerosakan bunyi fuh killer juga indie style mereka ni.

Sebenarnya band The Mines telah lama wujud sejak tahun 2003, tapi waktu itu ia dikenali sebagai The Sunchild. Terdetiknye nama The Mines semasa tahun 2006, ketika itu Pyzul sedang belajar di w.p Labuan, dia telah menyertai Battle Of The Band anjuran UMS kampus Labuan dan menukar nama band The Sunchild kepada The Mines. Ketaatan mereka membawa band ini hingga ke hari ini.

The Mines membawa genre bermelodi britpop, psyhelidec rock, mod song, yakni penangan gitar dan hentaman drum agak relax dan bersantai. Genre sebegini rupa bagi aku memang smooth la kalu dengar, rasa happy jer. Pengaruh besar band The Mines kebanyakkan oleh band2 luar seperti muzik era zaman 90-an mcm Oasis, Suede, Pulp, The Verve, The Who dan The Beattle. Unsur2 band2 otai ni byk mempengaruhi rentak mereka.

“Harapan tidak banyak sngt . .cuma kami harap kami dpt push lagi band kami kedepan . . haha . . .angan2x jerr. . . payahhh laa…tapi oke laa . . tuk muzik apa pun kita org buat . . haha..:) Support Our Local Art Malaya . . .!! peace-love by pyzul :)”

Buat masa sekarang mereka sudah mencipta 9 buah lagu. Demo pertama mereka merekodkan 3 buah lagu dan demo kedua pula 2 buah lagu. Dan mereka akan mengelurkan Ep pertama yang mengandungi 4 buah lagu baru dan akan direkodkan pada bulan 7 tahun ini. Dan mereka akan masuk semula ke studio pada bulan 4 ini untuk merekodkan lagu2 terbaru mereka. Bagaikan bulan jatuh keriba lagu Retro Malaya telah terpilih untuk menjadi sebahagian koleksi lagu2 indie didalam cd kompilasi vol 3 oleh Youth Culture( sebuah label indie di KL). Kesemua lagu dibuat oleh Pyzul dan member band yang lain. (Fuh bagus juga meraka ini.)

The Mines telah beberapa kali menjadi organizer gig dan event, pada April 2010 mereka telah membuat gigs di Sandakan, Sabah. 14 buah band yang telah di invite dan gig di buat di dewan belia dan sukan. Setiap bulan mereka akan organizer untuk AKUSTIK local-local band. The Mines juga telah di invited bermain gig di Kota kinabalu,Sabah ”Tribute To Indiependent Band” pada 01.01.2011 untuk mini jamm pelancaran radio online ” online.FM.

Line Up Band:
Pyzul – Guitar and Vocal
Maman- Second Guitar
Amie- Bassist
Areep- Drummer

Sebarang info/pertanyaan/gig add mereka di:
http://www.myspace.com/royalmines
http://www.facebook.com/pages/The-Mines

Info by Pyzul (guitar and voc)
Text by Nicexx / Kugiran.

Comments

2 Comments on "The Mines"

  1. mR.yaZoO on

    Gud LucK sahabat , Go Sandakan Band, ehehe~

  2. NxssxD on

    Respect!!! \m/-_-\m/