The Hollows

Submit By :
=

About The Hollows

Sweet, itu maybe perkataan pertama akan keluar dari mulut kalian tatkala mendengar lagu2 dr band ini. Atau aku sahaja barangkali. Tapi tak kisah laa janji lagu2 diorg nih besh n masyuk. Yeah sebuah lagi band dr Ipoh, Perak. Perak ini memang kaya dengan band2 baru dan lama. Tatkala sedang kusyuk melayan lagu2 diorg ini terdetik dihati untuk membuat review diorg. Mls aku nak berjanji2 kosong untuk mencari band2 luar Perak bukan apa diorg yang lambat bagi respon maybe sibuk dengan gig2 dan show.

The Hollows apa maksud The Hollows nih? Band yg ditubuhkan pada 2007 dan secara rasmi menjadi complete line up pada tahun 2008. Nama The hollows ini dipilih oleh salah seorg anggota band ini iaitu Aie merangkap guitar dan vocal. Dia yang begitu meminati pada guitar elektrik yang berongga cam viola “Hollow body electric guitar” kemudian Ati merangkap violin join band ini dah jadi 2 hollows and then satu lagi life with out music & love jadi cam hollows so dr situ dia mendapat idea tuk nama band The Hollows. Dulu band ini dikenali sebagai ZeroNero dan dianggotai oleh Aie (vox n guitar), Agil (bassist) dan The Rawk (drummer). Kemudian Zeronero ditukar nama kepada The Hollows dengan line up baru iaitu Wan Jobot (guitarist), John (drummer), dan Rahati (violinist). Aie dan Agil masih setia kekal bersama The Hollows. Diatas sebab2 peribadi Agil terpaksa keluar dr band ini dan diganti oleh Amer (bassist). Agil hanya sempat bermain beberapa gig sahaja sebelum keluar dari band ini.

Line up terbaru mereka terdiri daripada 4 orang jejaka2 macho (hukhuk) dan seorang puteri iaitu
Aie aka guitar n vox
Wan aka Back up vox n guitar
John aka Drummer
Amer aka Bassist
Rahati aka violin
Masing2 berasal dr Perak. Macam mana mereka boleh berjumpa?? Masing2 masa tu tengah demam gig dan berjumpa time tgh tgk gig dan trus ajak buat band.

Genre yang mereka bawa seperti Indie/ Pop/ Shoegaze . Influence terkuat band ini adalah Teenage Fun club setiap lagu dan style diorg ada byk persamaan dengan band nih. Dan jika korang peminat Nice Stupid Playground maybe korang akan perasaan style nyayian seakan2 sama….
Okey cerita pasal lagu mereka plak. Lagu first diorg Dewi di buat sekitar tahun 2003 – 2004 dimana masa itu Aie yg tiba2 sahaja jatuh cintan dengan sorg gurl yg hadir acara kesenian kt Yayasan Kesenian Perak dan terus dapat idea untuk lagu tu. Kau Miliku pula juz dapat melodi dan tangkap muat lirik sahaja janji masyuk. Lagu Silent pula time Aie tgh demam duk layan band2 shoegaze dan dapat idea dari band M83 – graveyard girl dan Teenage Fan Club – near you.

But aku memang tangkap cintan ngan bunyi violin dia mmg masuk laaa ngan arrangement music diorg nih untuk lagu Silent da la intro drum tu besh ditambah plak ngan bunyi violin …..overall mmg kemas showmanship diorg n vox plak mmg berstyle laaa……haha


Untitle Fest 09 at Kampar

Diorg baru sahaja mereleasekan single pertama diorg pada tahun ini yg memuatkan 3 buah lagu iaitu Dewi, Kau Miliku dan Silent. Dan direkodkan kat Dream Project Studio ( oleh Encik Pyan -shizuka dari 2008 – 2009) akan datang maybe tahun depan diorg akan mengeluarkan EP pula. Gigs or show yg diorg pernah join seperti Independent day Out fest2, Motivation(Hungary) with Second Combat(malaysia)Â Souther Asia Tour 2009, Orbit Muzika Part 1, The Upstairs live in Malaysia dan byk lagi.

Kata-kata harapan dari Band The Hollows
To fullfill our dreams n our satisfaction! Jujur la dgn diri n music anda dan anda akan puas ngan hasil nye. Support local band sejujur nye .. support kite org.. hehee kite org perlukan support anda! Thanks.

Similar band seperti Whiterspoon, Silentdreams, Telebury dan Furniture.

For any event or show contact:-
www.myspace.com/hollowpeople

Lirik Kau Miliku

Mestikah kau ku pujuk
Tiap kali engkau merajuk
Perlukah aku tunduk
Kelak kita juga yang terduduk

Kau milik ku
Kau untuk ku
Bila kita bertemu

Mestikah kau ku kejut
Tiap kali engkau terpaut

Kau milik ku
Kau untuk ku
Bila kita bertemu

Kau milikku ….fade out

Quick info genre:
Shoegaze– diambil dr style dak2 band yg buat show .. zaman tuh rambut mop hair(90an di uk)- mcm mop tutup muke dan selalu perform layan sgt sambil mata pandang kasut sendiri – tertunduk sikit(shoe- gaze) dan terus berkait ngan sound depa at secara x langsung.

Editor by Nice


Comments

One Comment on "The Hollows"

  1. I DANCE on

    pe lyn shiut