Ana Raffali | Siapa Dia? Biodata Ana Raffali

June 22, 2011 by  
Filed under Ana Raffali, Bands

Ana Raffali - Gambar dari http://anaraffali.blogspot.com/

Ana Raffali | Siapa Dia? Biodata Ana Raffali

Anak kesembilan dari 11 adik beradik ini dilahirkan pada 4 november 1985 di Kuala Lumpur. Nama sebenar Ana Raffali adalah Ana Nur Hidayah Mohd Raffali dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM) . Ana Raffali dikenali ramai menerusi lagu ciptaannya Tolong Ingatkan Aku yang berjaya menjadi juara untuk Anugerah Juara Lagu 25. Kebangkitan penyanyi independent telah kelihatan dalam industri hiburan Negara sejak beberapa tahun ini dengan kemunculan beberapa artis ‘indie’ yang berbakat besar.

Kejayaan Ana Raffali

Antara kejayaan awal Ana Raffali adalah melalui lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur ciptaannya sendiri yang telah mendapat tempat dihati peminat. Bakatnya telah dikenalpasti oleh Aidil Alfian dan sekarang ini bernaung dibawah Aidit Alfian Records & Universal Music Malaysia sebagai penyanyi dan penulis lagu walaupun tanpa pendidikan muzik yang formal.


Video Hujan Bunga Di Kuala Lumpur -2007

Berbaju kurung, sopan dan bermain gitar akustik adalah trademark yang dibawakan oleh ana raffali sejak awal kemunculannya lagi, walaupun ada pihak yang mempertikaikan namum beliau tidak mempedulikannya. Bagi Ana Raffali setiap orang berhak memakai apa yang dia mahu dan dia selesa berbaju kurung untuk ke show.

Berkat usahanya yang tidak mengenal putus asa dan pengalaman berharga yang ditimba sepanjang menjadi anak seni. Ana Raffali telah berjaya mencipta dan menyanyi beberapa buah lagu yang berkesan di hati masyarakat. Gadis yang meminati genre Rock, alternatif, pop & klasik ini bercita-cita untuk menjadi pemuzik sepenuh masa walaupun berpendidikan formal sebagai seorang pendidik.

Senarai Lagu Ana Raffali
Kebanyakan lagu-lagu yang dicipta oleh Ana Raffali adalah berkisarkan tragedi cinta, romantic dan kebanyakannya meluahkan kekecewaan seorang kekasih. Antara lagu-lagu yang dihasilkan dan dinyanyikannya adalah.

Sayangi Aku
Sehabis Baik
Dan Ku Biarkan Kau Terlepas
Kek Merah
Mekanika
Sepasang Sudu
Ketika aku kecil
Cuba Jangan
Renunganmu
Masih
Hujan Bunga di Kuala Lumpur
Hari-hari Hari Raya
Tersilap
Wahai Pagi
Bentes (fikiran yang jahat)
Tolong Ingatkan Aku
Hatiku Kau Pegang
Tahu Aku
Milikmu

Blog Ana Raffali

Selain menulis lagu Ana Raffali juga giat menulis blog. Sebarang update berkaitan cerita peribadi dan perjalanan karier muzik, dicatit dalam blog beliau iaitu http://anaraffali.blogspot.com/ . selain itu untuk memudahkan peminat berinteraksi dengannya Ana raffali juga mempunyai akaun twitter dan facebook fanpages yang kini mempunyai lebih dari 200K peminat. “Support our local muzik, support Ana Raffali”

Jika anda meminati Ana Raffali anda juga pasti meminati Yuna, Melda Ahmad, Wani Ardy , Beeha, Liyana Fizi.