Pensil

July 21, 2009 by  
Filed under Bands, Pensil

About Band Pensil

Holaaa thanks you for ur all feedback sal reviem band minggu lepas. So kali nih aku nak mempekenalkan sebuah band dr Johor. Minggu lepas kita di Perak minggu ini pula kita akan ke Johor. Yihaaaa sit back n relaks yaaa. Bagi yg mengenali Band Pensil ini anda mungkin sudah biasa dengan lagu2 diorg tp bagi yg baru sahaja tahu kewujudan band nih mari sama2 kite mengenali anggota2 band ini n stlye muzik yg mereka bawakan.

Band ini secara rasmi ditubuhkan pada awal bulan 9 tahun 2008. Pada awalnya diorg bermain muzik sekadar suka2 jamming n nyanyi sahaja. Kemudian mereka terpengaruh dengan penggerak bunyi bebas kt Malaysia ni a.k.a independent muzik dan tergerak la hati utk cuba berkarya. Mane la tau hebat kot2 boleh tulis lirik utk band greenday suatu hari nnt. Diorg dapat idea untuk nama band nih dari sejenis alat tulis iaitu pensil yg byk membantu diorg menulis untuk menghasilkan karya2 yang berkualiti. Nama yang agak simple dan mudah di igt. So klu korg guna pensil nnt mesti korg teringat kat Band Pensil nih kan.

Band ini belum pernah diinterview dari mane2 stesyen tv, radio malah media cetak. Tetapi diorg pernah dijemput ke siding media KL tower indie fest 09. Pernah skali waktu diorg perform kat kl tower indie fest 2, hitz tv tgh wat rakaman jadi dpt la diorg interframe muke dlm tv. Diorg juga byk wat gig or show di sekitar Johor dan Kl. Antara2 nya di Jln Klang Lama(KL), Rookies Steakhouse (JB), One cafe (KL), Wisma belia mersing (JB) dan show terbaru diorg di KL tower indie fest showcase.

Line up band ini terdiri daripada 4 org anak muda iaitu:-
ROBIE aka vox n gitar,
HAFIZ aka bass,
AJA aka drum,
dan FARID aka gitaris sessionist.
Mereka berempat masing2 berasal dr Mersing, Johor dan diorg ni duk satu kampung n mmg rapat sejak di bangku sekolah lagi so xheran laa diorg ni cam sehati sejiwa jer.

Band ini mambawa genre Indie / Rock / Alternative. Hasil dari titi peluh mereka berjaya menghasilkan 7 buah lagu dan 3 darinya telah pun direkodkan iaitu Lukisan hati, Lari dari mimpi dan gincu berdarah, manakala 4 buah lagu yg belum direkod adalah Hipokrit ,Jatuh bangun semula, Gadis tesco dan Kita bukan badut. Kebanyakkan lirik dan lagu ditulis oleh bassist diorg iaitu Hafiz, serta di perkemaskan lagi oleh ahli2 band pensil. Secara peribadinya lirik2 yg diorg hasilkan berkaitan dengan alam percintaan kenapa mesti mengenai cinta kan byk benda lain boleh dinyanyikan dan dijadikan lagu. Jgn terasa ok. Peace!!

Dari music diorg aku dapati stlye diorg agak relaks. Bermula dari lead guitar yg agak loud tp x heavy n drummer yg agak biasa serta vox dia yang macam malas nak nyanyi. Bass dia lak xberapa jelas maklum sajalah audio xberapa bagus. Secara jujurnya diorg perlu byk berlatih lagi dr segi vox dan drummer yang x sekata. Lead guitar dia mmg power mean time men solo mmg bersungguh-sungguh terutama untuk lagu Gincu Berdarah. Influence diorg adalah diri diorg sendiri. Bg aku mereka perlukan indentiti sendiri coz style diorg terlalu biasa dan byk persamaan dengan band2 lain.

Kata-kata harapan dari Band Pensil
Diorg berharap sgt dpt la lagu2 diorg di ketengahkan di stesen radio n dpt beraksi dgn band2 yg femes. Kami kt mp doakan yg terbaik buat Band Pensil!


(Robie aka vox n guitar) (Hafiz aka bassist)


(Aja aka drummer)

For any event or show contact:-
0132994929(robie)
0177405240(apis)

http://www.myspace.com/pensilbox

Lirik Gincu Berdarah

Dimalam itu ku bermimpi..
Dirimu hadir dalam sepi..
Menghiasi ruangan hati ini..
Kau mendakap tubuhku..
Ku menatap matamu..
Beribu perasaan ku padamu..
Jangan pernah kau mencoba..
Meninggalkan oh diriku..
Kerna ku tak ingin kehilanganmu..
Jangan pernah kau lepaskan..
Genggam erat tanganku..
Ku ingin kau terus bersama diriku..
Apa yg perlu kau ..
Hati ku kunci untukmu..
tak mungkin menjauhimu..
kerna kau dan aku kan bersatu..

Editor by Nice
source by Maizatul

p/s: Tiada niat untuk aku mengkritik tp lebih kepada teguran yg membina dan diharap kamu semua berjaya dalam indsutri muzik ini.