Zee Avi Bakal Keluarkan Album Baru | Free Single Download

June 26, 2011 by  
Filed under Bands, Zee Avi

zee-avi-ghostbird

Zee Avi


Lama betul tak dengar berita pasal Zee Avi yang pernah popular dengan lagu kantoi. Info terbaru yang aku dapat Zee Avi akan releasekan album terbarunya pada bulan August ni yang di beri nama “Ghostbird” “burung hantu” yang akan dikeluarkan oleh Brushfire Records. Sebagai penghargaan kepada peminatnya yang telah menyokong Zee Avi sepanjang 2 tahun penglibatan sebagai pemuzik, Zee Avi memberikan download percuma untuk singlenya iaitu The Book of Morris Johnson. Kepada peminat Zee Avi jangan sila download lagu single terbarunya di http://morrisjohnson.viinyl.com/
.

Video kat bawah ni merupakan perjalanan Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman ketika dalam proses untuk menyediakan Album “Ghostbird”. Gadis kelahiran Miri Sarawak memulakan kariernya sebagai pemuzik, pencipta lagu dan penyanyi seawal ketika umurnya 17 tahun. Zee bermula merakam video nyanyiannya melalui webcam dan upload kedalam Youtube, sejak daripada itu video-videonya menjadi semakin popular dan menarik perhatian rushfire Records untuk menerbitkan album pertamanya.

Untuk informasi dan update terbaru sila lawati http://zeeavi.com
Twitter: http://twitter.com/zeeavi
Facebook: http://facebook.com/zeeavi