Summernine ( Penghargaan Buat Arwah Zaiddy Roy) | MalayaParkDotCom

Summernine ( Penghargaan Buat Arwah Zaiddy Roy)

Submit By :

Untuk pengetahuan semua, salah seorang moderator kami, Primadona telah berjanji dengan arwah Eroy untuk mereview band mereka pada tanggal 17/11/2009. Tetapi oleh kerana kesibukan kerja, Primadona tidak dapat mengotakan janji beliau kepada Arwah. Zaiddy Roy atau lebih dikenali dgn nama Eroy telah kembali ke Rahmatullah kerana di timpa kemalangan pada Hari Raya AidilAdha yang lalu di dalam tragedi bot karam di Pulau Banggi, Kudat.

Pada waktu kejadian Khamis 26 November lepas, sebuah bot yang membawa penumpang dari jeti Kudat ke Pulau Banggi karam kira-kira pukul 5.30 petang selepas sejam bertolak dari jeti Kudat. Bot itu dikatakan bertolak dari jeti Kudat kira-kira pukul 4.30 petang tiba-tiba terbalik ketika dilambung ombak setinggi dua meter selepas sejam perjalanan

Kebanyakan penumpang merupakan anggota sebuah keluarga iaitu seramai 21 orang dari Papar yang pulang ke Pulau Banggi untuk merayakan Hari Raya Aidiladha serta beberapa penumpang lain.

(Pic arwah bersama isteri tercinta. Untuk pengetahuan semua, isteri kepada arwah Fatin Nadya turut menjadi mangsa korban di dalam tragedi yang menyayat hati itu.

” Den tak sangka SUMMERNINE neh band arwah Eroy. Eroy adalah seorang yang peramah dan suka bergurau. Den senang berkerjasama dengan Eroy. Kami sempat berkenalan dan beramah mesra ketika den meminta izin untuk me’review’ band beliau. Den rasa amat bersalah sekarang dan tak tahu nak buat apa. Walaupun benda ni da pun berlaku tapi den tak sangka yang rupa-rupanya den pernah berjanji dengan seseorang yang kini sudah tiada. Sedih, sebak, kehilangan kata-kata… Tak dapat nak gambarkan perasaan den sekarang ni. Hanya Tuhan je yang tahu. Kepada Arwah Eroy, maafkan Prima kerana tak sempat nak kotakan janji pada Eroy. Prima doakan Eroy tenang di sana dan ditempatkan di dalam golongan-golongan yang beriman. Al-Fatihah… ”

Antara pesanan terakhir dari Arwah Eroy kepada Prima :
“ makasih banyk2 keep in touch k
all the best to  you!:)
just inform kami klu ada story yg menarik!
eRoy ”

Band ini ditubuhkan pada akhir tahun 2001 dan berasal dari Tuaran Sabah,yang mana ahli band terawal adalah Rino(vokal), eRoy(gitar), Pat(bass)dan Sam Nizam(drum). Namun selepas beberapa bulan bersama,Rino dan Pat menarik diri. Diganti oleh Ingge(vokal)dan Malik(bass). Tidak berapa lama,Malik menarik diri dan diganti oleh Nai. Mai adalah vokalis Summernine buat masa ini.Ep pertama Summernine (Dalam tangis mu) rilis pada 2 Ogos 2008. Muzik summernine bukan la muzik yang baru,konsepnya sama seperti band-band yang ada sekarang,cuma berbeza dari segi penyampaian,dan lebih kepada era alternatif rock,lebih mudah jika muzik Summernine ditafsir oleh pendengar sendiri.Terima kasih buat kawan-kawan yang masih menyokong muzik kita,terus dan teruskan menyokong muzik kita! Terima kasih buat anda semua!

Line-up
Mai :Vokal
eRoy : Gitar&vokal
Sam Niezam : Drum
Nai : Bass

Lagu2
Dalam Tangismu
Lagu
Keindahannya

Link Band
http://www.myspace.com/summernine

Oleh Primadona

Comments

12 Comments on "Summernine ( Penghargaan Buat Arwah Zaiddy Roy)"

  1. primadona_rockasmara on

    tengssss to nice sbab submitkan malam neh jgak..den sdih sgt2..cmnela den leh lupe psal mende neh..4 Arwah Eroy..Maaf skali ag dr Prima..Smga roh kamu dan isteri dicucuri rahmat..Dan juga kepada keluarga bapa saudara One J yg jga mngsa tragedi ni,den doakan smga roh mereka dicucuri rahmat dan dtmpatkn dalam golongan2 yg beriman~~AL-FATIHAH…

  2. Rye on

    Takziah buat keluarga arwah eroy dan keluarga arwah isteri beliau…
    Takziah juga buat ahli-ahli band summernine…
    Semoga roh arwah eroy dan roh arwah isteri dimasukkan ke dlm golongan org-org yg beriman… Amin…
    Kpd ahli-ahli band summernine, harap-harap summernine akan terus memperjuangkan muzik korg, demi arwah eroy…

  3. nice on

    al-fatihah tuk arwah Eroy…

  4. bee_skut on

    Salam bro..
    pembetulan nama tempat,TUARAN..bukan Tauran..
    Isteri arwah,kwn akak aku gak..

    Al Fatihah buat mangsa2 yg terkorban..

  5. ez_dark on

    support them . . . .

  6. jelita_gurl on

    so sad this story… hope den pun xrase mcm ni one day… huhu… bile dah baik ngn someone… kte xleh nak lpekan dye… pape pun, kte cume leyh sedekahkn Al-Fatihah utk eRoy n Isteri… 🙂 smoga tenang & bersama kalangan beriman di sana~~ amin~~

  7. ozie on

    Al-Fatihah buat saudara eRoy bersama isteri..smoga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..~

  8. mhai on

    salam..tanx for all the support guys..doakan arwah eroy n arwah isterinya disatukan dlm syurga dan bersama org2 yg beriman..for summernine supporter.,we all akan carry on summernine’s legacy and now we are in progress..tanx again!

    -Mhai Ashura (Vokalis for Summernine)-

  9. Nai Summernine on

    tQ Prim, nicexx & tQ to malayapark & suma kawan2. Insyallah, kami akan cuba teruskan summernine sedaya yg mungkin buat suma kwn2..
    buat Eroy & Isteri…

    Al-Fatihah.

    P/S: I`ll Be Missing You… Eroy (Jun 1982 – Nov 2009)

  10. primadona_rockasmara on

    thanks to mhai n nai…
    keep on moving k..
    wish u all a very big luck..

  11. syaffeq on

    beliau adelah sepupu saya…

    teman sepermainan semasa kami kecil..

    sudah 13 tahun kami berpisah…

    dan harapan saya nak jumpa dia bila kembali ke sabah semula

    tapi..

    dia dah pergi..dan tak kan kembali..

    sedekahkan lah al-fatihah kepada beliau

    harap ALLAH mengampunkan dosa mereka sekeluarga dan tempatkan mereka di tempat yg dijanjikan untuk orang2 soleh.

    Abg Roy..AP sayang Abg Roy..

  12. qayyum on

    sgt terkejut dgr berita pemergian arwah eroy dan isteri dia.. rasa cm bru smalam kenal.. terkejut yg sma mcm eminem terima berita kematian tupac pd 1996