Stonebay "Si Murai Penipu" | MalayaParkDotCom

Stonebay “Si Murai Penipu”

Submit By :
=

http://c3.ac-images.myspacecdn.com/images02/4/l_cce5287703704675bab49667b7d30216.jpg

Si murai penipu, Sangsi siapa yang tidak pernah dengar lagu2 nih?? Kerap kali dimainkan di corong2 radio tempatan. Pertama kali aku dengar lagu sangsi di radio XFM buat aku tertanya2 lagu band mana pula nih? xbleh blah serius aku katakan lagu ini agak kurang menarik, tapi tatkala lagu si murai penipu pula ke udara aku agak tertarik dengan lagu itu dan terus mencari band ini. Dan rupa2 kedua2 lagu ini dari dinyanyikan oleh band yang sama iaitu Stonebay.

Nama Stonebay tercipta dari idea Ojie yang membaca sebuah artikel di Surf Music edisi 1995 dan nama BAY itu telah manarik minat beliau manakala STONE diambil sempena nama seorang pemain gitar utama Pearl Jam, Stone Gossard yang menjadi idolanya pada masa itu. Pada mulanya, Ojie ingin menamakan band mereka sebagai GossardBay tetapi beliau menarik semula idea itu kerana bila menyebutnya, ia kedengaran seperti ‘gossarobay’ iaitu sebuah perkataan Mexico. Ojie menolak idea pertama itu dan memutuskan untuk memilih nama Stonebay yang lebih sedap didengar oleh halwa telinga beliau. Sehingga ke hari ini, Stonebay telah bermain di ratusan gig dan sekarang ini dalam proses menyiapkan album penuh mereka. Album ini dijangkakan akan keluar pada tahun 2009 ini.

http://c1.ac-images.myspacecdn.com/images01/68/l_04431a0de67e7b4fa0fa6ae1f973d8a8.jpg

Seperti yang dijangkakan oleh band ini, tahun 2009 menjadi tahun yang paling menyeronokkan kerana pada pertengahan tahun mereka telah membuat jelajah di kolej2 utama seluruh negara kecuali di Kelantan. Usaha ini telah dirancang selama beberapa tahun dan ini adalah usaha mereka utk menjual EP mereka. Jelajah ini telah ditaja oleh syarikat mereka sendiri iaitu SPOONMAN RECORDS. Sepanjang lewat 2008 hingga ke awal tahun 2009, band ini telah bertungkus lumus keluar masuk studio ( Studio junction) bagi menyiapkan rakaman EP mereka yang bertajuk ’MURAI PENIPU’. Lagu yang dihasilkan oleh Stonebay mmg ckup berkualiti, melengkapi keseluruhan faktor yang diperlukan utk sesebuah lagu. Persembahan mereka juga berjaya meruntun hati setiap penonton yang menyaksikan persembahan mereka secara live. Setakat ini, mereka tidak pernah mengecewakan crowd mereka. Kerana kredibiliti band ini, mereka telah dijemput utk beraksi di 8tv Latte@8, Campurchart Flyfm, majlis UOX Celcom Event ECO Fest (Majlis Amal) dan temuramah di radio XFM. Mereka juga byk dijemput oleh pihak penganjur bebas seperti RANTAI, BIJOU BAZAAR, MOONSHINE dari dalam dan luar negeri utk menyertai gig2 mereka.

http://c1.ac-images.myspacecdn.com/images02/95/l_e3e58e7aea3547c283258df191fd9238.jpg

Lagu Sangsi telah drakamkan pada april 2008 bertempat di Junction Studio antara kugiran yg mula berkembang ketika itu. ia cuma projek percubaan drpd kugiran tersebut, sejurus setelah mndapat tahu projek tersebut cukup bagus untuk d siarkan kepada rakan2 semasa gigs dan didlm pemain music myspace. Tidak lama selepas itu stesen radio tmpatan spt FLYfm dan Xfm mendapat tahu lalu memainkan lagu Sangsi keudara selalu.

Asalnya peminat rock, kugiran itu membuat keputusan untuk membuat gabungan yg lebih hebat musik rock didalam komposisi mereka.  Setelah mendapat tahu keunikan melodi drpd band british dan amerika 60s/70s seperti the who, the doors, messenger quicksilver service, frank zappa, pink floyd dan sbgnya, menyedarkan mereka satu gaya/genre lagu shaja umpama mempnyai hnya satu pilihan/terhad/ limited. sprti perumpamaan muzik adalah makanan, adalah xdak cukup jika kugiran itu hnya mengikut langkah/style band trdahulu, jd mereka mencampur adukan 60s/70s irama blues, jazz, folk, rock and roll ke dalam muzik mereka dgn cara yg berbeza pada susunan muzik dan kod2 lagu.ia melangkaui cara2 penerbitan musik terdahulu. Bahasa english adalah bhsa utama yg dpilih oleh penulis lirik mereka Ojie. beliau berceritakan ttg emosi dan pengalaman ddlm setiap lirik yg dtulisnya. Seperti  syair dia mengubah liriknya didalam minda dengan pendekatan yg baru didalam muzik Ojie mula menulis lirik didalam bahasa melayu tetapi english tetap menjadi bahasa utama.

http://c2.ac-images.myspacecdn.com/images02/6/l_4b031c829b264457a6e626fff01bb239.jpg

Tahun 2008 tlh memberi peluang kepada band tersebut mperkenal kan lagu mereka kepada pendengar menerusi temubual radio, acara kolej, tv , majalah, newspaper dan internet. Internet adalah media yg tarbaik utk menyebarkan musik mereka lebih luas lg. dgn internet mereka bekerja keras dan persendirian, walaupun ada label rekoding tempatan yg cuba mmbuat tawaran dgn diorng. Peminat juga banyak bantu mempromosi lgu mereka d myspace. band ini jga tlh byk kali muncul ddlm mjlah… bla bla bla.. ect. ahir2 ini mereka juga telah dplawa utk membuat prtnjukan d jakarta smpena jakcloth 2009 fest dmana ia adalah festival yg mgumpulkan pereka fesyen dan band trbesar di indonesia. Stonebay merupakan wakil band dari malaysia.

Kami cuma mahu melakukan ape yang kami mahu, menjaga hati pemnat2 yg kami sedia ada skarang selama kami berjuang dalam industri ini. Jika org berminat mdgr muzik kami,itu lebih menambahkan smangat kami utk mengikut kata hati kami. Kami hanya perlu merendahkan diri dalam semua usaha kami termasuklah dari segi penulisan lagu dan persembahan yang mana hanya yang terbaik sahaja yang mesti kami berikan.

http://c3.ac-images.myspacecdn.com/images02/51/l_1dddf1b34de348c1b0317658139787ba.jpg

Line Up
1. Ojie aka Guitar dan Vox
2. Ashroff aka Guitar dan Synth
3. Afiq aka Drums
4. Ronny aka Bass

Link:
www.myspace.com/stonebaymusic
www.stonebay.blogspot.com
www.twitter.com/stonebay
www.reverbnation.com/stonebay
amp.channelv.com/stonebay

Contact for any event or show:
Manager Jamie Roscom: 016-203 0557
jamiejroscom@gmail.com
stonebaymusic@yahoo.com

Review text oleh Primadona dan Nice
Editor oleh Nice
source oleh Kaler Luna

p/s: Terima kasih kepada band Stonebay kerana sudi memberi kerjasama yang baik dan info2 yg berguna.

Comments

2 Comments on "Stonebay “Si Murai Penipu”"

  1. satellizer on

    si murai penipu!!!!haha best lagu tu

  2. misscrazyrawkindiedarling on

    unique..