Rockaway 2011 | Terbaek Dari Ladang
Submit By : Joe
Terlebih dahulu Malayapark mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam seluruh dunia. Terima kasih kepada anda yang masih lagi setia membaca tulisan aku yang tidak seberapa. Info terbaru yang aku dapat dua tiga hari lepas dari member-member aku adalah berkenaan konsert Rockaway 2011 yang akan berlangsung di Bukit Jalil pada 8 Oktober 2011. Bukan dalam stadium rasanya tapi diperkarangan stadium atau lebih tepat dikawasan letak kereta Bukit Jalil.
Sebelum ini iaitu pada tahun 2009 Rockaway telah berjaya menarik lebih 10,000 gigers seluruh Malaya termasuk la geng-geng Malayapark. Kami satu team lebih kurang 20 orang tiba disana untuk bersama-sama “support our local acts” . Memang tidak dinafikan persembahan band-band seperti One Buck Short, Love Me Butch , Seven Collar T-Shirt amat mantop pada konsert Rockaway julung kali diadakan pada 2009 itu. Pada kali ini Rockaway menjanjikan satu persembahan muzik dari pelbagai genre termasuk beberapa band terkenal seperti DASHBOARD CONFESSIONAL, SUM 41 selain gabungan band-band tempatan seperti Deja Voodo Spells, Hujan, Massacre Conspiracy, OhChentaku, Pop Shuvit dan banyak lagi dan akan berlangsung selama 12 Jam nonstop.
rockaway 2011
Pujian harus diberikan kepada One Buck Short kerana idea Konsert Rockaway ini adalah datang dari mereka. yang paling penting mereka berjaya meyakinkan para penaja untuk sama-sama menjayakan konsert ini untuk rakyat Malaysia. Aku harap masuk adalah free macam hari tu dan tak perlu guna pass kecuali media pass. Kna bayar la pulak RM68 putus angin da.. Psstt.. Malayapark tak dapat media pass ke hehe.. malayapark@gmail.com
For more information:
www.facebook.com/rockawayfest
www.twitter.com/rockawayfest
www.rockawayfest.com
Rockaway 2011 Line UP
International
Sum 41
Dashboard Confessional
Local
Tres Empre
Twilight Action Girl
Dichi Michi
Oh Chentaku
Busco
Pop Shuvit ft Project E.A.R
Deja Vodoo Spells
Kyoto Protocol
They Will Kill Us All
Lo
Hujan
Monoloque
Love Me Butch
Metalasia
Massacre Conspiracy
One Buck Short
Ticketing Prices
RM68 (Early Birds – Limited)
RM88 (Normal)
Ilal on
Hi guys i have 2 tickets to be sold at RM100. Tickets can be picked up at Media Prima Sri Pentas Persiaran Bandar Utama.
Hurry Call/sms me now. 017-7450324