Pendusta -The Hans | MalayaParkDotCom

Pendusta -The Hans

Submit By :

The Hans
[audio:http://cache01-music02.myspacecdn.com/136/full_adbbd2ba00594d929ccff33087e199a1.mp3]
Sejujurnya , sukar juga bila saya mengambil keputusan utk me”review” Pendusta, single bahasa melayu pertama, dari The Hans ini. Mengapa? Kerana saya sendiri berasal dari ipoh sebagaimana band ini. Takut –takut juga saya bakal bias dan takut juga senior2 music di Ipoh ini bakal berkecil hati. Scene kita pula kecil sahaja. Jumpa- jumpa bermasam muka tidak enak pula. Tetapi dalam pada masa yg sama, saya sedikit excited sebab saya sendiri ingin melihat apakah kemajuan dari segi musical pada band ini. Saya masih ingat pernah juga menonton persembahan mereka di gig2 di Ipoh sekitar 2003-2004 jika tidak silap saya ketika mereka meletup dengan the diary of love dalam kopi sechewen 3. Ketika itu, penuh dengan aura “suede”nya serta band2 britpop seperti oasis, ocean colour scene, british sea power dan lain-lain.Tambahan pula, mereka juga baru sahaja mengeluarkan EP terbaru pada bulan Ogos tahun lepas, dan mendapat pujian dari aidil(couple,junkonline) dan Adly Ramly Syairi(xfresh,the malay mail) namun EP tersebut smua lagunya berbahasa Inggeris.

EP baru tersebut pula belum lagi saya berkesempatan mendengarnya jadi ini menyebabkan sy lagi sukar untuk me”review’ single melayu mereka ini. Maka, saya ambil keputusan untuk mendengar kembali diary of love dari compilation kopi sechewen 3 bagi mendapatkan feel hasil karya pertama “The Hans” itu sendiri dan nasib baik kawan saya, mayor(bukan nama sebenar) ada menyimpan lagu tersebut dalam bentuk mp3. Jika nak harapkan kaset saya, mmg tak dapat la nak dengar sebab mana ada radio kaset player da sekarang.hehe

Berbalik kepada single melayu ni, terkejut juga dgn hasil tangan mereka yg terbaru ni, ada bunyi instrument brass pula. Dengan melodi yang agak catchy dan lead gitar yg mmg kuat pengaruh dari band Britpop seperti Oasis dan Suede mengiringi setiap chord progression dalam lagu ini. Nampaknya gitaris mereka memang bersungguh- sungguh untuk memenuhkan setiap ruang kosong dalam struktur lagu ini dengan soloan yg bertenaga dan catchy. Ditambah pula dengan instrument brass dan keyboard(rupanya mereka ada pemain trumpet + keyboard sbg sessionist) menjadikan lagu ini lengkap. Drum pula menampilkan stroke yg normal mungkin tidak mahu menonjol sangat kerana mungkin menganggu ‘flow’ lagu ini. Ternyata , lagu ini lebih matang berbanding “Diary Of Love” , hasil tangan pertama mereka.

Untuk percubaan pertama lagu berbahasa melayu dari The Hans ini, boleh saya katakan ia percubaan yg berani kerana komposisi dan genre sebegini sudah agak memenuhi market kita di Malaysia. Mungkin ada sesetengah part dalam lagu tersebut boleh diperbaiki untuk menjadikan ia lebih tight dengan komposisi yg lebih bertenaga kerana apabila melawat myspace mereka, ini dibuktikan dengan lagu Bahasa Inggeris mereka lebih yang lebih rancak serta sedap didengar, dan vokalis mereka juga seperti lebih sesuai dengan “pronounciation” dalam bahasa Inggeris.
Mungkin lagu mereka dalam bentuk bahasa Inggeris lebih “personal faveret” bg saya.Tapi apa pun, ia ternyata satu produk yang memuaskan dan saya ingin ingatkan sekali lagi bahawa ini adalah percubaan pertama dimana saya yakin, The Hans boleh maju lagi.
Terima kasih kerana membaca.

Lirik Lagu The Hans Pendusta

Pendusta

Churut..churut..churut! 4x
Tak pernah ku rasa
Sepi sebegini
Rindu ku padamu
Bila ditinggalkan

Mana sumpah dan janji
Setia padaku manis hanya dibibir
Oh pedihnya bicaramu terpaksa aku terima
Walau kering airmata tak sanggup berpisah
Indah cuma kata-kata
Kau pendusta

Churut..churut..churut! 2x
Satu yang ku luka
Ribu yang kau lupa
Itulah sikapmu
Yang sering mengujiku

Setiap perasaan
Ada cipta nilainya
Berikanlah nikmatnya
Untuk di rasa
Bukan di noda
Untuk di cinta
Bukan di dusta

Solo
Mana sumpah dan janji
Setia padaku manis hanya dibibir
Oh pedihnya bicaramu terpaksa aku terima
Walau kering airmata tak sanggup berpisah
Indah cuma kata-kata
Kau pendusta

Churut..churut..churut! 4x

Myspace : http://www.myspace.com/thehans

Comments

12 Comments on "Pendusta -The Hans"

  1. elly on

    terima kaseh buat wickedsoul 🙂

    28 ni silalah hadir ke launch party the hans bertempat di Dewan St John (berhadapan taman DR)

  2. mista_jerk on

    sy xde di ipoh pada tarikh tesebut bro.
    lain masa insyaallah sy cuba pergi.
    TQ

  3. beeee on

    got ya….

    like all songs…

  4. tASchA_93 on

    beSh gLErR r AGU nEy..

  5. sEL!per_ind!e93 on

    ooo00..Da LMe dngO LGU Ny..bESh thAP gabAN!!

  6. UNKNOWN on

    sori bcoz kacau shafa hari tu…

  7. ifaz on

    hai sy sukalah lg pendusta.nanti wat lg lbh best.k.

  8. jandi on

    aniosayo!!!(hai)

  9. mishaq on

    ske sume lagu the hans..

    best!!

  10. tASchA93 on

    KiUt r s0re,,

  11. suffer8zine on

    Mana sumpah dan janji,
    Setia padaku manis hanya dibibir,
    Oh pedihnya bicaramu terpaksa aku terima,
    Walau kering airmata tak sanggup berpisah,
    Indah cuma kata-kata,
    Kau pendusta.

  12. David Drwencke on

    It’s an amazing piece of writing in support of all the internet visitors; they will take advantage fromm it I am sure.