Pita Hati

Submit By :

About Pita Hati

Pada minggu ni aku mahu buat sedikit kelainan dengan memperkenalkan sebuah band dr Sungai Buloh, Selangor  yang membawa genre Live Electronics, Psychedelic,dan Rock. Genre yang jarang di bawa oleh mana-mana band local. okey aku bg info skit pasal genre psychedelic nih. Genre ini merupakan landasan perubahan awal genre blues seperti rock kepada progressive rock, art rock, experimental rock, hard rock and dan juga heavy metal. Lebih tepat Psychedelic rock di inspirasikan dari budaya Psychedelic yang ditiru atau diambil dr pegalaman penagih dadah dan di masukkan kedalam muzik. Contoh seperti band Hawkwind yg popular sekitar tahun 60 an di England dimana band2 di era ini mula mengambil dadah dan menceritakan pegalaman mereka tersebut dan dimasukan ke dalam lagu dan juga style muzik mereka. Boleh dikatakan band Pita Hati mempunyai sedikit style muzik yg agak sama.

Band Pita Hati mula ditubuhkan awal tahun 2002. Dengan dianggotai oleh 4 org anak muda iaitu:
Ilham aka vox dan Guitaris,
Khairul aka Bassist,
Yassin aka Drum,Percussion,Vox latar & synthesizer
dan Afifi aka Guitaris.

Asal usul nama Pita Hati dipilih kerana uniknya hubungan antara isi pita rakaman dan hati. Disebabkan keinginan dan minat yang mendalam terhadap muzik mereka mula berjinak2 bermain dengan dunia muzik ini sejak dunia kanak2 lagi dimana Ilham dan Yasin merupakan adik beradik manakala khairul adalah sepupu sebelah ayah mereka dan mereka juga membesar dengan keluarga yang mempunyai kaitan dengan industry muzik. Afifi pula kawan dari kawasan perumahan yang sama dengan Ilham dan Yasin.

Mengenai lagu mereka pula band ini untuk setakat ini hanya memilik beberapa buah lagu sahaja kebanyakkannya tidak sempurna. Hanya satu lagu yg sudah lengkap di “Mastered” iaitu lagu Dengarlah Jika Kau Ingin. Selain itu ada lagu2 saperti Cahaya Dalam Buta, Api dan AnalogiDigital, bley dikatakn mereka ada byk lagu2 lain tapi tiada tajuk yg sesuai barangkali. Lagu2 Pita Hati Kebanyakannya Dikarang Oleh Ilham,Yasin & Khairul sendiri. Band ini pernah mengeluarkan cd demo dan diedarkan secara percuma di gig2 dan tempat mereka buat perform. Influence mereka pula datangnya dr artis2 luar dan dalam Malaysia dan yg paling penting bg mereka adalah pengaruh ahli2 band itu dendiri.

Band ini juga pernah ditemuh ramah oleh Oleh Bob Ringgo dr Suria.FM, dan Radio Xfresh.FM. Mereka pernah juga muncul dalam Rancangan terbitan NTV7 1…2 Jus. Selain itu mereka byk perform sekitar Malaysia sahaja.

Cita2 dan harapan Pita Hati sama seperti semua yg lain. Semoga muzik di Tanah Air kita dapat berkembang & maju. Pita Hati mengharapkan sokongan dr semua memberi ruang & peluang untuk Pita Hati sama2 menyumbang sesuatu yg bermakna untuk muzik.

Similar band seperti The Everyday, The Silent Melody, Julie’s Love, dan Influx.

For any event or show contact:-
017-3063177
017-3597590
http://www.myspace.com/pendengarhati

Editor by Nice
Source by Maizatul


Pita Hati Gallery (Klik pada gambar untuk besarkan resolusi)

Comments

2 Comments on "Pita Hati"

  1. roti pita on

    ape mksud pita 2 ye…..aku tau roti pita yg jual kt psr mlm 2 jer….sodap la roti pita….

  2. tAschA_93 on

    hoh00o..cdp uh lgu dnga jke k0 ign..maj0r labelz sux!