MTV Worldstage Malaysia 2011 | I -City Shah Alam

Submit By :

Mtv Worldstage Malaysia


I-City Shah Alam menjadi pilihan MTV untuk mengadakan konsert MTV Worldstage kali ke tiga. Sebelum ini Sunway Lagoon menjadi venue tetap untuk event tahunan terbesar ini, namun konsert kali ini akan dilangsungkan dengan keindahan cahaya warna-warni di I-City. Sebelum ini aku ada post pasal Gig Rasai Gegaran Rock Indie anjuran Digi dan TV9 juga akan diadakan di I-City. Antara band antarabangsa yang akan datang adalah 30 Second To Mars, band alternatif rock dari Utah Amerika Neon Trees, kumpulan K-Pop dari korea Beast juga akan meng hangatkan konsert pada 24 Julai ini. Pop Shuvit akan menjadi wakil band Malaysia untuk membuat persembahan pada konsert tersebut.

Pop Shuvit

Roadshow akan diadakan pada 16 Julai ini di i-Walk City. I-City Shah Alam pada pukul 6pm hingga 10pm manakala pada 9 dan 10 Julai ini mereka akan berada di Curve, Mutiara Damansara. Datanglah ke roadshow untuk mendapatkan tiket untuk ke MTV Worldstage Malaysia.

30 Seconds To Mars – Closer to the Edge

Comments