Moi Last Von dan Gelombang Instrumental Post- Rock.

Submit By :
=

Moi Last Von.

Moi Last Von ini bukan nasi moi yang ada lobak masin dan ayam cincang tapi merupakan sebuah band dari kangar, Perlis. Ditubuhkan pada pertengahan tahun 2008 iaitu bulan Jun. Ketika itu MLV masih lagi dalam proses mengenal muzik, belajar selok belok bermain alat2 muzik dan memandangkan anggota2 mereka bertaburan diseluruh semenanjung Malaysia ini menyukarkan lagi untuk MVL berlatih bersama.

Sebelum penubuhan MLV, genre Metal menjadi pilihan ini kerana di utara semenanjung Malaysia pada ketika itu terkenal dengan muzik2 berat kononnya. Lebih senang nak cerita ia menjadi ikut-ikutan  ketika itu. Akan tetapi tidak kekal lama genre ini dibawa oleh mereka apabila pada sekitar tahun 2007 dan 2008 Amzar (bassist) telah membawa material band2 bergenrekan post-rock dan mereka terus dilamun cinta yang berbunga2 dengan lagu2 jenis ini. “Bila dah sebut post-rock ni, ramai dah tahu pengaruhnya siapa. Sigur Ros dan Mogwai misalnya, di Malaysia ni selalunya lebih suka Explosion In The Sky. Genre ini lebih bersifat universal, semua orang boleh dengar, tak ada culture atau stereotaip imej. It just natural and neutral. Tapi bila kami buat lagu, tak jadi sangat post-rock tu. Kadang campur pengaruh Radiohead, Coldplay, Pink Floyd, Damien Rice, Killers, Mew, At The Drive-In…post-metal pun ada, bila dah cakap influence ni, memang banyak. Jadi, tak tahu nak kata genre apa, krisis identiti? We just play music and we play it instrumentally and atmospherically…rock? You choose.” Kata mereka. Kata aku pula, asalkan lagu itu indah dan boleh diterima tak kisah lah apa2 bunyi yang keluar pun. Mana tahu tengah2 diorang dalam krisis indentiti ini tiba2 keluar pula muzik techo! Tapi okay apa, sebab aku pun minat muzik techo. Bagi sesiapa yang tidak tahu apa muzik instrumental itu muzik ini lebih kepada bunyik-bunyian tanpa lirik, perkataan/nyanyian mahupun batuk sekali pun hanya bunyi alat2 muzik sahaja dimainkan. Lebih difokuskan pada bunyi keyboard. Sebenarnya walaupun nampak simple tetapi ia agak sukar untuk dibawa. Band itu sendiri kene lebih kreatif dalam menyusun bunyi sebab kalau tersalah langkah penonton boleh tidur!. Ini bukan melayang2 lagi dah mimpi terus.

“Kami harap Moi Last Von dapat meninggalkan kesan kepada sebilangan orang daripada sekumpulan orang. We prefer a feast of friends than a giant family. Penerimaan. Itu yang kami harapkan.”

Disini aku selitkan sedikit hurain mengenai lagu2 MLV (oleh Fariz) iaitu Lost Hope, Little Faith dan Birds. Semua lagu2 ini hanya bunyi-bunyian sahaja jadi kalian pandai2 la gunakan imaginasi sendiri. Dan objektifnya, biarlah pendengar sendiri yang bereksperimen. What their feel is what they listen.

Last Hope – Moi Last Von adalah gabungan bahasa Perancis, Inggeris dan Icelandic yang secara literal-nya bermaksud ‘My Last Hope’. Sebab itu kami mainkan lagu ni dulu pada setiap awal persembahan sebagai mula perkenalan. Last Hope ni asalnya cuma 90 saat yang lebih berkonsep muzik baroque, kemudian berevolusi hingga jadi satu lagu penuh. 3-4 kali juga buat gubahan dan susunan. Kebiasaannya, kami compose lagu dulu, judul lagu fikirkan kemudian. Pengaruh Kwoon banyak juga dalam lagu ni. Early song yang kami hasilkan. (Sebenarnya lagu lost hope ni mengingatkan aku pada lagu Falling slowly oleh Glen Hansard dan Marketa Irglova (ost Once) , intro yang agak sama.)

A Little Faith – lagu ini ilham dari Hoppipola(Sigur Ros). Mahukan sesuatu yang catchy dan relax tapi masih lagi bertenaga. Antara early song yang kami buat pada tahun 2008 tanpa sebarang perubahan.

Birds – high, atmosfera, kayangan, angkasa biru, terbang, awang-awangan, awan. Elemen ini digarap dalam lagu ini dan dalam kepala kami hanya satu perkataan – “Burung”. Lagu ni kalau tak silap, buat pada penghujung 2008. Halwa Radiohead dan Coldplay banyak mempengaruhi untuk pembikinan lagu ni.

Antara gig2 yang mereka sertai seperti Paul’s Place pada Mac 2010, Soundmaker, Penang pada bulan Mei dan yang terkini di Ipoh Mini Music Festival pada 4 DIS 2010. Dan akan datang di Rantai Art Festival yang berlangsung di Balai Seni Lukis Negara pada 26 Disember ini. Actually event tu berlangsung selama seminggu, banyak aktiviti seni diadakan termasuk bengkel fotografi, tayangan filem pendek, bacaan puisi dan banyak lagi.

Line up MLV terdiri daripada:
Fariz – guitar
Bain – guitar
Amzar – bass
Shahrin – keyboard
Azam – drum

Sebarang info dan pertanyaan/ contact untuk gig:
http://www.facebook.com/Moi-Last-Von
http://moilastvon.tumblr.com/

p/s: vid diatas adalah lagu Lost Hope oleh MVL semasa gig di Ipoh Mini Music Festival, vid gelap tp apade hal.. layan lagu sudey! 🙂

by Nicexx

Comments

One Comment on "Moi Last Von dan Gelombang Instrumental Post- Rock."

  1. berotak demi music on

    fuh band ni ada style gak la men instrumental . . . first time listen music cun daaa . . .bole gi jauh la bro . .wachaa