Khottal in da house!

Submit By :

Khottal

Sabtu yang mendamaikan dan kehujanan. Kenapa? sebab ia telah menjadikan aku lebih rajin untuk membuat review ini. Terima kasih hujan!! Pernah tak kamu semua mendengar lagu-lagu yang pelik dari band2 yang pelik? mungkin bagi sesetengah orang yang tidak pernah mendengar lagu seperti ini dengan mudah sekali menganggap ia pelik! Tak pelik sebenarnya tetapi “unik”. oh! satu perkataan yang sesuai untuk mengambarkan lagu2 dan band2 seperti ini. Sebab ia jarang ada di Malaysia. Kalau ada pun berapa kerat je pun (tidak banyak). Kalau bercerita tentang penerimaan masyarakat tentang lagu yang “unik” ini memang susah nak kata apa. sebab ada yang suka dan ada pula yang sungguh cemerlang mengkritik! ok aku skip dulu hal-hal macam ini.

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/163735_10150377742270405_101929900404_16684298_1831336_n.jpg

Untuk review kali ini aku nak memperkenalkan band dari Melaka iaitu Khottal!!. Kepada yang tidak tahu, band ini pernah keluar di channel hitz, dan xfm. Ahli band ini terdiri daripada 11 orang ahli! dan bakal menambahkan bilangannya ke 13 orang ahli. Tersangat la meriah. Ini lah yang dikatakan muzik merapatkan lagi silahturrahim. Bagaimana pula band ini ditubuhkan? ok. ia tak tumbuh macam cendawan k. Band ini pada asalnya menggunakan nama “Local Boy In The Photograph” di mana ketika itu Uzir telah mempelawa Hafiz untuk bekerjasama sebagai duo yang berkonsepkan musik dari bahan mainan elektronik terbuang/ terpakai. Beberapa kawan telah di jemput untuk menvariasikan instrumentasi dan mereka berpakat untuk menukar nama band kepada “Khottal” yang dirasakan cukup sesuai.

“harapan setinggi gunung supaya kami akan terus wujud kerana bagi kami, kugiran ini ialah tempat untuk meluahkan segala perasaan kami yang terbuku. bagi memastikan ia wujud, kami harus merangka setiap perancangan semasa mahupun akan datang supaya ia akan berjalan lancar.”

Band yang bergenrekan indie rock ini sudah menghasilkan sebuah single disertakan dengan B-side yang diambil dari demo yang tidak diriliskan kepada awam. Rangka lagu pula dihasilkan oleh Hafidz atau Uzir atau kedua-duanya, apabila siap disusun untuk menzahirkan struktur, mereka akan menbangunkan ia secara kolektif. Maksud lagu pula mereka lebih suka pendengar sendiri yang membuat tanggapan peribadi berkenaan lirik mahupun lagu kerana pendedahan tentang itu bakal menghacurkan imaginasi pendengar mengenai lirik dan lagu sekaligus menjadikannya kurang berwarna- warni.

http://ec.cdn.cincopa.com/khottal.com+05.jpg?o=1&id=0&res=11&h=ujzk2xrpcq3nkvhmmrmqklddtckja5bd&cdn=ec&p=y&pid=115930&ph=elfbso3mx423mudy34buggu2eti0hdfn&d=AsDA7AQpWEAAsV-oAUwOw0N&as=mp3

Mereka juga penah menyertai gig pesta muda-mudi di sekitar Kuala Lumpur, Melaka, Penang dan Ipoh. Dan juga pernah di jemput ke Singapura. Band ini bagi aku cukup unik dan kreatif kerana lagu-lagu yang dihasilkan dan juga penggunaan instrumen seperti alat2 mainan elektronik dan barang2 terpakai mampu menghasilkan sesuatu muzik yang lain dari lain. Ia sangat menarik dan mengasyikkan. Sebab kita dapat mendengar bunyi dari setiap alat-alat instrumen yang mereka gunakan. Disamping suara vocal yang begitu bersahaja.

Lagu:
Wong Song
Against Tomorrow
Man Moon House
YMFT

Line Up:
Qairul
Tar Mizi
Hayyan
Hafidz
Uzir
Farhan
Azfa
Ewin
Suhardi Salleh
Nona
Syafiq

For more info/ gig contact:
http://www.facebook.com/khottal
http://www.khottal.com

Aku nak promote sikit caller ringtone Khottal:
Khottal Ringtones for Maxis users! Dial *131*XXXXXX#
161121 Against Tomorrow (Verse)
161123 Against Tomorrow (Outro)
161125 Man Moon Mouse
161128 Woo Song (Verse)
161129 Woo Song (Chorus)
(klu ada msalah dgn caller ringtone ni tny diorg k jgn tny aku! ahak!)

by Nicexx

Comments

2 Comments on "Khottal in da house!"

  1. sahabat on

    ohhh.. bebudak ni..
    kenal sgt aku..

  2. nice on

    ate org melaka.. satu kg ngan ko… ahak! kan?