Interview ekslusif bersama Haziq a.k.a Bagak STATIK

Submit By :

statik

“..Pada malam bintang berkelipan..Aku terpesona dengan keindahan..Yang Tuhan ciptakan…Gadis yang jelita.. lelaki menawan..Oh indah dunia…Yang Tuhan ciptakan…”

Tentu korang penah dengar lagu ni kat corong-corong radio,kan?Den salu woo dengar lagu-lagu diorang ni kat radio..Kiranya den neh salah sorang la peminat band ni..hehe..Sampai den pergi Mydin hari tu nak beli sayur,dj Mydin tu mainkan lagu STATIK ni..Dasat betol..hahaha..Ingatkan Myindie je selalu mainkan lagu-lagu band ni.Rupenye,Mydin pun support STATIK..hahaha…(gurau-gurau je k..Jangan saman Prima lak pasni..hehe).Band STATIK ni dah banyak main di gig2 yang leh kate besar-besaran gak la..Contohnya, KL Indie Fest,Xgig Xtended,Radio Rosak,Tersirat 6 dan Showcase MTV World Stage.Leh kata,satu pencapaian besarla untuk diorang ni. Syabas la ek..Papepun..ni ada sikit interview den bersama-sama dengan Haziq a.k.a Bagak ekslusif utk kowg..enjoy it k…hehehe

pRiMaDoNa: Salam haziq

haziq aliff: Salam prima

pRiMaDoNa: Memang prima tengah tunggu haziq ni..sebab ada nak interview sikit.harap Ziq tak kesah.hehe

haziq aliff: Aaa?? Prima nak interview apa ni?

pRiMaDoNa: Prima ni merupakan salah sorang wakil dari Malayapark.com..nak interview haziq tentang Statik. Boleh?

haziq aliff: Eh,of course. Boleh je..Apa salahnya..

pRiMaDoNa: Terima kasih, Ziq! Sekarang ni prima nak tau apakah perkembangan terbaru Statik?
haziq aliff: Perkembangan Statik eh?Emm..sekarang ni Statik dalam proses untuk buat lagu baru..InsyaAllah kalau takde apa-apa halangan…Selepas raya ni kami akan mula recording..Doa-doakanla kejayaan untuk kami ye…hehe

pRiMaDoNa: Oh iyeke?Bagusla kalau macam tu..InsyaAllah kami di Malayapark sentiasa mendoakan kejayaan untuk STATIK. Hehe..Ziq, bilakah STATIK mula ditubuhkan? Dan apa sebenarnya maksud nama STATIK tu sendiri?
haziq aliff: Statik pada asalnya ditubuhkan pada tahun 2004..Waktu itu,STATIK dianggotai oleh Enol, Hassandan Fendi. Ziq ni yang paling barulah..Tapi bagi Statik yang ada sekarang ni..Tak sama dengan Statik yang dulu..Senang cite,ni kiranya band baru la..tapi still menggunakan nama Statik..Tentang asal usul name Statik pula..nama Statik,Enol yg bagi dulu.Kata Enol, statik ni x bergerak..Statik ni band yg suka-suka,tak bergerak kemana-mana pun..hahaha..Tapi Enol cakap Statik yang sekarang ni..statik ni kekal..

pRiMaDoNa: Oh,macam tu rupanya..Ok2. Berapa orang yer line up STATIK sekarang? Kiranya yang betul-betul statik la?hehe..
haziq aliff: Statik ni yang sebetul-betulnya terdiri daripada 4 orang..Fendi ahli baru yg menganggotai Statik. Fendi menganggotai Statik pd awal tahun ni.Asalnye Statik yang sekarang ni bergerak secara three piece je.

pRiMaDoNa: Konsep apa yang dibawa oleh STATIK?
haziq aliff: Statik yang sekarang ni lebih kepada elektro pop berbanding Statik yang lama..Statik yang lama dulu tu membawa konsep funky. Tu idea dan gubahan oleh hassan dan former bassist statik dulu..Hassan dulu main gitar je dalam Statik..Tapi bagi Statik yg sekarang ni,idea dan muzik datang dari ziq sendiri dan Hassan lak main bass..hahahaha

pRiMaDoNa: Ermm..macam mana pula dengan studio rakaman? Dimana STATIK salu merekodkan lagu2 STATIK?
haziq aliff: Statik dah buat recording di dua studio iaitu Bitz studio di Skudai kiri dan Apis’s studio di Johor Bharu. Ade juga pertambahan track dibuat di rumah Ziq sendiri..

pRiMaDoNa: Apa ye lagu2 hitz dari STATIK selain daripada lagu Bintang kegemaran prima tu?hehe
haziq aliff: Statik sememangnya dikenali dengan lagu Nikmat Sementara..Selain itu, ada lagu-lagu seperti Cherita Kita, Aku dan Kontroversi, Pusingan Terakhir,Kehadiranku dan Tanda Tanya…Itu antara lagu-lagu cari makan kitaorang la..hahaha..Lagu Nikmat Sementara berjaya masuk dalam Countdown 2008 di Xfresh.fm..Dapat tempat no.67 sedangkan pada waktu itu,lagu Nikmat Sementara baru je dua bulan masuk kat Xfresh.fm,compete dengan lagu-lagu lain yang dah masuk sejak awal tahun 2008. Kami compete dengan 100 anak tangga.

pRiMaDoNa: Baguslah kalau macam tu..Kiranya itu boleh dikira sebagai satu pancapaian yang membanggakan buat STATIK. Tahniah! Ohye Ziq, macam mana pula dengan history development STATIK? Di antara sume2 line up STATIK ni, ada tak di antara korang yang ada ahli keluarga yang menceburkan diri dalam bidang muzik atau atau ada band lain sebelum STATIK ni?
haziq aliff: Thanks Prima… Abang Ziq dulu pun main muzik..Band abang Ziq tu adalah band skinhead pertama di Johor Bharu..THE OFFICIAL.. Abang yang sulung Ziq banyak juga menghasilkan nukilan-nukilan beliau tetapi beliau tak lah begitu aktif seperti Ziq dan abang yang sorang lagi ni. Antara yang Prima mungkin tak tahu juga, ayah ziq dulu pun pernah mengangggotai satu band Agogo..hehe..Bagi Hassan,Fendi n Enol pula, mereka-mereka ni dahulunya adalah line up The Official bersama-sama dengan abang Ziq, Megoo.

pRiMaDoNa: Prima kenal THE OFFICIAL tu..Band ni band otai kat JB..Hehe..Tak sangka pula Ziq ni adik kepada Abg Megoo tu..Kirim salam Prima pada abg Megoo a.k.a Angah tu ye..hehe..Oklah ziq, sepertimana yang orang tahu, Ziq dalam STATIK tu sebagai vokalis, kn? Ape ye instrumen lain yang Ziq boleh mainkan selain meyumbangkan suara yang sweet tu?Hehe…
haziq aliff: Erk.. Mane ade sweetla Prima..Hehe..Ziq ni boleh bermain gitar, bass dan keyboard..Drum pun bolehlah sikit-sikit tap takdelah terror macam Enol..hahaha

pRiMaDoNa: Bila mula-mula Ziq dapat tahu yang Ziq ada bakat mnyanyi ni?
haziq aliff: Aaaa…Entah eh..Ziq ni memang suka menyanyi dari kecil kot..Lagipun,maybe dah sedia ada dalam darah daging Ziq ni..Ayah ziq dulu pun main band. Bakat tu turun pada Ziq pula..hehe..

pRiMaDoNa: Memang Ziq ni datang dari keluarga yang penuh berbakat la ni.. Bagus-bagus..Bagaimana pula dengan muzik yang Ziq suka dengar dan contoh-contoh bandnya?
haziq aliff: Secara personal..Ziq suka dengar lagu-lagu ska seperti Madness dan The Specials. Selain ska,Ziq suka dengar muzik-muzik alternative seperti OAG. Bagi yang lain-lain tu, masing-masing ada influence tersendiri..Tapi yang Ziq sure, influence pertama kami adalah The Official, David Bowie, Credence Clearwater Revival, The Who, Ray Columbus & The Invader.

pRiMaDoNa: Ohye Ziq..apa pengalaman manis di gig yang paling Ziq tak boleh lupekan?
haziq aliff: Em…pengalaman manis eh? Rasenya masa gig pertama kami kot..Statik punya gig 1st sekali kat Xgig Xfresh di JB..Masa tu dalam lewat-lewat tahun 2008. Memang unexpected la sebab 1st gig je terus dapat di Xgig. Kami punyalah serius takut pasal mula-mula je terus masuk gig besar..Da lah tu, kami jadi band ketiga perform..Takut pasal takut tak ada orang yang kenal Statik ni..Tapi kan bila Shac Xfresh annoucekan nama Statik untuk perform..Tetiba crowd sume sorak-sorak, panggil nama STATIK!! Ziq pun macam tak percaya..Terpana japlah..Pastu, kami pun mainkan lagu Nikmat Sementara. Nak tau tak Prima, crowd sing a long..Ziq dah seram-seram sejuk masa tu,dada dah sakit sebab denyut jantung bukan main laju..Haha.Ziq terus terpinga-pinga,betul ke diorang ni?Hehe…Lepas settle perform, Statik turun stage,Encik Adli,boss Xfresh terus tarik kitaorang.Dia tanya,betul ke ni 1st gig korang? Kitaorang jawab,betul lah,ni gig 1st Statik,kalau Abg Adli tak percaya,kitaorang lagi lah tak percaya..Haha.. So tu lah kenangan manis Statik.

pRiMaDoNa: Haha..Bestla macam tu..Tadi yang manis punya..Yang sebaliknya pula macam mana?
haziq aliff: kenangan pahit eh..em..rasenya,time gig Support  Local Act live at JB kot..Masa tu..STATIK dah semangat dah ni nak perform tapi tengok-tengok crowd takde..yang ada masa tu pun member-member je dan band-lain lain..Lastly..Statik perform untuk member-member jelah..hahahaha..so far itu jelah kot yang paling pahit..haha

pRiMaDoNa: Biasalah tu..adat gig ni..kadang-kadang ramai,kadang-kadang takde langsung..Haha..Yang penting happy and enjoy!Ziq, apa agaknya pendapat Ziq tentang MALAYAPARK?
haziq aliff: Pandangan Ziq pasal Malayapark.com? Ianya merupakan satu platform yg memberi info-info tentang gerakan local band..Satu website yang bagus lah..Pasal selain daripada band-band local dapat mempromosikan they all punya music, peminat-peminat pun boleh dapat maklumat tentang band-band kegemaran diorang kat website ni..

pRiMaDoNa: Terima kasihla di atas pujian Ziq tu..da merah-merah da muka Prima ni..hehe. Ohye Ziq, dari mana Ziq dapat info tentang MALAYAPARK ni?
haziq aliff: Em..Ziq dapat tahu daripada seorang budak ni.dia komen kat page Statik…Dia request Statik daftar kat Malayapark.com..So ziq pun survey-survey..nk buat..tapi tak reti..hahaahha..sampailah datang cik akak comel ni add YM Ziq..membebel pasal Malayapark.com..Dari situ,barulah Ziq buat betul-betul..

pRiMaDoNa: Siapalah akak comel tu,kan?haha
haziq aliff: Adalah…Sorang moderator di Malayapark.com tu..alaa..yang kuat cakap tu..hahahahaaha

pRiMaDoNa: kuat ckap??hehe..Siapalah agaknya tu..haha..Ok..soalan terakhir..Erm,sebenarnya bukan soalan pun..hehe..Apa yer ucapan dari ziq pada peminat-peminat STATIK dan MALAYAPARKERS sume..?
haziq aliff: Ok..sebagai wakil Statik..teruskanlah sokongan anda terhadap Statik kerana tanpa Statik,siapelah anda..eh silap…tanpa anda,siapelah Statik..huhu..dan jauhilah najis dadah! Dan buat Malayapark.com,terima kasih kerana memberi ruang platform untuk kami band-band local untuk terus mara ke depan! Keep up the good work!!

pRiMaDoNa: Terima kasih ye Ziq..Prima dan krew-krew Malayapark.com juga nak ucapkan juta-juta lemon terima kasih pada Ziq juga sebab sudi luangkan masa untuk sesi interview ni..Teruskan usaha STATIK untuk terus majukan industri indiependent di Malaysia ni..

haziq aliff: Sama-sama kasihla ye Prima.Salam…

pRiMaDoNa: Salam Haziq.

Erm,tulah serba sikit yang boleh kite dapat tahu tentang band STATIK ni.Bagi den,band ni boleh maju lagi.Banyak peluang da diorang ni dapat untuk terus ke hadapan.Tulah yang dinamakan rezeki.Alhamdulillah…
Untuk tempahan & urusan :
Orang (+60129330759)
Amy Cruz Studio (+60127788204)

Atau e-mail kami di :
contact_statik@yahoo.com
http://www.myspace.com/statiksound

Interview oleh : Primadona
Edit oleh : Nice

Comments

11 Comments on "Interview ekslusif bersama Haziq a.k.a Bagak STATIK"

  1. momoque on

    waaa…
    aku ske lagu aku dan kontroversi
    hehe…
    prima
    suh haziq online mp
    baru la tol support mp
    haha

  2. nice on

    ha btul2 per yg ketot ni g tau….
    hoho

  3. Enchek Shahrir™ on

    aku tukang nyebok…

    wakaka..

  4. suffer8zine on

    law ade live chorus ke terbaek gak,
    pehhh,
    pape pon tahniah!!

  5. cik KOSONG on

    ceh jiq..dari ayat kau begitu sopan cara kau bckap eh..btw, all the best fren. ramai gadis2 suke STATIK sbb kau. 😛

  6. Vyro on

    sokong tetot gak la..

  7. primadona_rockasmara on

    hahaha…
    nti den suh dye on9
    insyallah k
    en.haziq mmg the best la..
    papepn…
    STATIK pn tbaekkkk
    hahaha

  8. lenzz bluezz on

    smlm dh mule kuar lagu bru statik-Dia..perh~smartis statik

  9. zaf+ira on

    TER-suka bagak..
    haha…
    ap pun..

    suka-suki statik..

  10. fura on

    ter-suka bagak juge.
    ngeh2~
    pape pon statik memg best!!!

  11. amzi on

    ku tingin laa nk jumpak gan abg2 statik nie…
    alaaa,,,
    lau bole nk EP laa..
    kt perlis ni ssh nk dpt,,,,