INCLOSE,Jejaka2 Bertopeng dan Seorang Gadis.
Submit By : NiCexx


Boleh tahan lagu2 dari band nih. Pertama kali dengar lagu mereka perkara pertama yang terlintas di fikiran aku hurm..sound like Band Nota Muzika and Band Apple Juice. Dan ada sedikit suntikan Punk Rock. That make sound cool. Thanks to my friend sebab kenalkan aku pada band nih. Berbaloi laa gak. Haha. Maybe aku tengah layan perasaan time tu so lagu2 dr band ini semuanya masuk dalam kepala otak aku. Mula2 aku diperkenalkan band ini kepada aku agak xpuas hati pada suara vox dia. Sebab masa tu baru first time dengar so macam2 kelemahan kita dapat tangkap contoh macam suara vox yang mendatar,biasa2 jer. But music diorg mmg bagus boleh cover kelemahan suara vox. Sebab suara dia seolah2 tenggelam dengan bunyi music yg agak heavy dan tidak sesuai untuk vox ni. Bukan apa music band nih da bagus. Tapi lagi bagus kalau kita dpt dengar suara vox yang power kan? Anyway suara vox ni ok. Sedap didengar tp dengan music yang betul. Ini Cuma pendapat aku, dengar lagu mereka pun kat myspace ja…maybe live performer more batter then I expect. (dalam myspace dpt dengar separuh ja xboleh nak agak sangat).
Band Inclose ditubuhkan pada tahun 2005 dimana line up pertama mereka terdiri daripada Fendy(Gitaris Utama), Amir(Bassis), Bella(Vokal), Ewan(Guitaris Kedua) Dan Daus(Drummer) dan pada tahun 2007 Frendy dan Amir menarik diri atas sebab2 peribadi maka line up mereka sekarang terdiri daripada Bella( Vokal), Daus (Drummer), Ewan (Gitaris Lead), Hairul (Gitaris Kedua) Dan Akie (Bassis). Dan masing2 berasal dari Banting, Selangor.

Mengenai lagu-lagu band ini, mereka telah pun merakamkan 6 buah lagu iaitu Kamu, Siapa Dia, Without You, Dunia Mu, Bintang dan Why. Dan kesemua lagu-lagu ini adalah cipta mereka dan bantuan rakan-rakan. Sebelum ini mereka telah melepaskan DEMO mereka yang bertajuk Muzik Untuk Kamoo yang memuatkan lagu Kamu dan Siapa Dia,dan juga videografi yang bertajuk Tranformasi Gelombang, selepas ini mereka akan mengeluarkan single yang terbaru,proses rakaman sedang dijalankan. Dan aku syorkan korang layan lagu Kamoo dan Without You. Aku tertarik dengan intro yang bertenaga dr lead guitar bg lagu Kamoo dan Without you pula disebabkan muzik dan lirik yang agak menarik.
Influence mereka terdiri daripada Paramore, D-Va, Cokelat, dan Band-band Indie tempatan. Bercakap tentang genre pula ,genre mereka ialah freestyle muzik dimana mereka lebih bebas menghasilkan karya mereka. Atau erti kata lain ikut suka hati mereka laa nak main muzik jenis apa janji sedap didengari.
Persembahan mereka yang akan datang adalah disekitar KUALA LUMPUR dan MELAKA, Sekiranya korang ingin tahu dengan lebih lanjut layari www.myspace.com/inclose korang boleh lihat dimana mereka akan berada selepas ini. Dan setiap kali persembahan mereka kecuali vox suka memakai topeng sebab terlalu kacak barangkali tp memang unik.

Visi inclose ialah ingin menaikkan martabat muzik tempatan yang makin berkembang dan kami berharap agar muzik anak muda sekarang lebih berkembang di serata tanah air,agar dapat menunjukkan mereka diluar sana yang MALAYSIA BOLEH.Majulah muzik tempatan.
Line Up
1.Bella aka Vokal
2.Daus aka Drummer
3.Ewan aka Gitaris Lead
4.Hairul aka Gitaris Kedua
5.Akie aka Bassis
Lagu2 dan demo Muzik Untuk Kamoo
1.Kamu,(demo)
2.Siapa Dia,(demo)
3.Without You,
4.Dunia Mu,
5.Bintang
6.Why

For any event or show contact and infomation:-
http://www.myspace.com/inclose
Editor oleh Nice


asTroNauT on
mcm best jek nengok band neh~~
are-yein on
mmg best giler trs trg
band ni mmg best
lagi2 lagu
siapa dia
n kamoo
secret violet on
power beb band ni..kategori idola aku ni..
mrs.kogie on
id0p uwg BANTING !!
Allahuakhbar !!
h0ho~~
~salwa~ on
sedap lagu korg… cayalah…
kucut on
boleyh tahan…
nice vox..
hehehe…
D0RAEM0N96 on
best gk