GIG TV9 : Rasai Gegaran Rock Indie Di I-City Shah Alam | MalayaParkDotCom

GIG TV9 : Rasai Gegaran Rock Indie Di I-City Shah Alam

Submit By :

Berita baik kepada Giggers Malaya, TV9 dengan kerjasama syarikat telokomunikasi DIGI akan menganjurkan live konsert band-band tempatan pada 10 Julai 2011 ini di I-City Shah Alam Selangor. Konsert yang dinamakan sebagai Gig Rasai Gegaran Rock Indie Di-Icity akan berlangsung selama dua hari iaitu 9 dan 10 Julai. Live konsert akan disiarkan di TV9 pada pukul 8.30 malam manakala pada hari sabtu pelbagai aktiviti akan diadakan, jadi jom ramai-ramai kita pakat serbu I-City. Tiada bayaran masuk dikenakan, semua aktiviti yang dianjurkan adalah free termasukkla muzik woorkshop (daftar workshop disini), kepada 80 yang terawal anda akan mendapat goodies bag dan macam macam lagi hadiah disediakan. Antara band-band yang akan membuat persembahan adalah Pesawat, Project Pistol, Hujan, Wings, The Azenders, Azlan And The Typewriter, Awanband, Drama dan Awi Rafael. Wings pon ada? Alamak hai rugi nya aku tak dapat datang, ada sapa-sapa nak sponsor teket kapal terbang ke KL x hehe.

Gig TV9 Dengan Kerjasama Digi


Video promosi GIG TV9

Sementara itu pada 25 Jun 2011 pukul 2 petang akan diadakan Mini Showcase di Plaza Alam Sentral Shah Alam. Hujan adalah antara band yang akan perform pada hari tersebut. Finalist Battle of the Indie Bands seperti THE JESPERS, POPKONSPIRASY, Oh Chentaku dan Bintang Batu bakal beraksi sebagai persediaan untuk Battle Of Indie band Final nanti. Giggers juga berpeluang untuk memenangi T-Shirt konsert limited edition pada showcase tersebut. Jadi datang beramai-ramai ke Plaza Alam Sentral untuk menyokong band-band tempatan. “Support Our Local Acts” . Untuk maklumat lanjut bolehlah ke laman web Gig TV9 http://www.tv9.com.my/gig

tshirt showcase gig tv9

Comments

2 Comments on "GIG TV9 : Rasai Gegaran Rock Indie Di I-City Shah Alam"

  1. Hot Fm Kena Hack? | Lirik | Download | Mp3 | Video | on

    [...] iklan bnyk sangat sbulan-dua ni, terpaksa letak macam tu sbb dah nk kna byr server nanti. Jom ke GIG Rasai Gegaran Rock Indie Di I-City mgu [...]

  2. MTV Worldstage Malaysia 2011 | I -City Shah Alam | Lirik | Download | Mp3 | Video | on

    [...] akan dilangsungkan dengan keindahan cahaya warna-warni di I-City. Sebelum ini aku ada post pasal Gig Rasai Gegaran Rock Indie anjuran Digi dan TV9 juga akan diadakan di I-City. Antara band antarabangsa yang akan datang adalah [...]