Excuse me [Grunge Generation]

Submit By :

Excuse me

“Kami harap music yang kami bawa dapat memeriahkan scene music kita. kami ingin kembalikn zaman grunge 90an. And remember  “GRUNGE NOT DEAD”. by Excuse Me.

Pada era 90 an lagu yang bergenrekan grunge sudah mula menular masuk melalui lagu-lagu dari band-band seperti  Nirvana, Pearl Jam, Soundgarden, Black Sabbath dan Led Zeppelin . Band-band ini juga telah menjadi pengaruh terbesar dalam penubuhan band-band grunge di Malaysia. Antaranya Butterfinger, Marshmallows, Holiday Madness, March On Friday dan beberapa lagi band-band grunge di Malaysia. Album kedua Nirvana iaitu Nevermind telah mencetuskan satu fenomena baru dan mewujudkan semangat grunge di Malaysia ini apabila hampir setiap lagu didalam album itu  diratah dan digegarkan disemua tempat-tempat jamming tempatan. Walaupun pada masa itu genre2 seperti Indie, Pop Punk, Heavy mental sedang naik. Dan ini juga menjadi pengaruh kepada band2 tempatan masa itu untuk menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan lagu2 mereka sendiri. Pada masa kini genre grunge masih lagi diterima oleh “masyarakat Underground” kerana music mereka tidak berubah.

Begitu juga dengan band Excuse Me. Bergenrekan grunge rock  inspirasi dari band2 seperti Nirvana dan Mudhoney. Walaupun bukan sepenuhnya grunge mereka juga mencampur elemant2 lain seperti punk dari band Ramones. Ditubuhkan pada awal tahun 2009 dan dianggotai oleh ermanxx aka vox dan gitar, echam aka bassist dan ejham aka drummer kemudian pada 2010 kemasukkan Cha aka lead guitar sebagai sessionist bagi memberikan lagi kekuatan dan kepelbagaian music mereka.  Mereka juga banyak bermain gig disekitar Negeri Melaka seperti di gig super duper grunge part 1, grunge return, music universal, vandalisme part 1, bukan titik noktah part 1, underworld screamers, circle ov friend dan beberapa gig2 lagi dan mereka akan main dia beberapa2 gig2 lain untuk tahu lebih lanjut pergi ke web mereka  www.myspace.com/excuserokme.  Selain itu band ini juga baru sahaja me-release-kan demo mereka iaitu “In To Confusion “ dan boleh didapati secara percuma disetiap gig2 yang mereka sertai. Demo itu mengandungi 3 buah lagu iaitu  Y, I Hate You dan Stoned.

Aku suggest korang dengar lagu Y sebab lagu ini lebih menarik dan agak kemas arrangement  nya dan kedengaran sedikit element metal, dan pop punk didalam lagu ini. Dan secara tidak langsung mengingatkan aku pada sebuah band tempatan iaitu Bloodymarry (membawa genre pogressive indie rock dan mempunyai sedikit persamaan walaupun berbeza dari segi genre)

voc

Ermanxx (voc and guitar)

Line Up:
– ermanxx aka vox dan gitar,
– echam aka bassist
– ejham aka drummer
– Cha aka lead guitar

Ep In To Confusion
1. I Hate You
2. Y
3. Stoned

Sebarang info atau mahu contact mereka secara terus:
e-mail: excuseme_rock@yahoo.com
encik ermanxx: 017-6252751
http://www.myspace.com/excuserokme

By Nicexx

Comments

3 Comments on "Excuse me [Grunge Generation]"

  1. kuni on

    i love ur songs..

  2. muze on

    good2 bro korang punya sound.. seattle sound

  3. Ross Mayor on

    Cam kenal jek brader2 nih..
    Korang memang best..
    sain sikit..