Dulu underground sekarang Indie. What next?

Submit By :
=

Sejarah mungkin berulang

Apa ironinya dengan tajuk dan intro yang saya gunakan? Kalian sedia maklum dengan keadaan semasa. Namun, ini bukan kali pertama karya pemuzik-pemuzik bebas mendapat tempat di hati masyarakat arus perdana. Lebih kurang 10 tahun dahulu, scene bebas(dahulunya dikenali sebagai ‘underground’) telah dapat diterima oleh masyarakat. Suasana pada masa itu sangat meriah dengan kehadiran kugiran-kugiran yang datang membawa pelbagai genre muzik. Untuk tidak merosakkan sejarah muzik bebas tanah air, saya hanya menumpukan kepada generasi DIY pada era 90-an dan pada era kini. Kepada pembaca yang berusia 21 tahun ke bawah mungkin tidak berkesempatan merasai betapa ‘happening’nya scene ‘bawah tanah’ ketika itu. Mungkin kalian berpendapat saya terlalu emosi atau ’orang tua’ yang sedang dilamun cinta lalu bercerita kenangan masa dahulu. Sebelum menduga, kalian harus terus membaca imbauan yang saya imbas kembali demi satu tujuan…BERSATU.

fanzine

Pada pertengahan 90-an, kita telah dikejutkan dengan kemunculan pelbagai kugiran ‘bawah tanah’ yang datang dengan harapan setelah dipojok dengan muzik ‘leleh’ yang hadir entah dari mana. Ingin saya tegaskan di sini, ketika itu scene ‘bawah tanah’ (DIY) sangat mementingkan semangat ‘unity’ dan ‘brotherhood’ yang tinggi. Saling bantu-membantu, tolong-menolong, berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing. Melalui ‘coverage’ yang begitu terhad, pemuzik-pemuzik bebas ini terus berjuang demi satu matlamat…BERKARYA. Tanpa Myspace, tanpa Facebook, tanpa Friendster, tanpa download atau upload, dan semacam kemudahan teknologi, pemuzik serta ‘followers’ bergerak seiring dalam memastikan scene ini terus hidup. Bolehkah ‘adik-adik’ bayangkan hidup tanpa sebarang ‘gadjet-gadjet’ canggih? Tanpa telefon bimbit, tanpa internet, tanpa Myspace…Tentu susah bukan???

Namun sedikit demi sedikit, tangga demi tangga didaki, akhirnya scene DIY dapat diterima ramai. Sebelumnya, segala informasi dikongsi melalui ‘zine-zine’ yang diilhamkan ‘followers’ atau pemuzik bebas sendiri, ROTTW, Majalah Konsert, kolum yang dikendalikan Joe Kidd (Carburetor Dung) dalam sebuah akhbar harian bahasa inggeris, pertukaran ’stuff’ sesama ‘followers’ dan bermacam-macam cara yang sangat terbatas. Boleh dikatakan hanya segelintir yang mengetahui tentang kewujudan scene DIY ini. Wujudnya hero-hero(he…he…he) seperti Abg. Rom, Joe Kidd, dan Kevin B(Wow FM-rip off) maka segala informasi berguna dapat dikongsi. Siapa Kevin B??? Mungkin ‘adik-adik’ tidak pernah kenal akan nama ini. Namun, tiada seorang DJ radio pada masa kini yang lebih ‘cool’ dari beliau. Kevin B merupakan seorang DJ radio Wow FM yang banyak memutarkan ’stuff’ DIY tanpa sebarang prejudis. Zahid(Disagree) mungkin individu yang paling bertuah pada masa itu(awal tahun 2000). Abg. Rom!!! Apa lagi yang dapat diceritakan mengenai ‘brother’ rambut putih ni. Hanya jutaan terima kasih dari kami semua. Dan, Joe Kidd. Saya rasakan beliau merupakan orang yang patut kalian sanjungi melalui usaha beliau memartabatkan scene DIY. Joe Kidd merupakan aktivis yang ideologinya susah untuk ditafsir. Aru(Koffin Kanser) dan rakan seperjuangan mungkin menangis jika sejarah mereka diimbas kembali. Hahaha…Republik Of Brieckfield adalah sebuah legasi yang benar. Banyak sejarah tercatat di situ dan mungkin Aru, Joe Kidd, Jaei(Sil Khannaz) serta rakan-rakan mereka saja yang mengerti.

scts
Seven Collar Tshirt

Okay…Berbalik kepada pendedahan pada era tersebut. Media arus perdana telah memberi perhatian kepada scene DIY. Malah, sebuah stesen TV swasta telah menerbitkan satu-satunya rancangan khusus untuk pemuzik-pemuzik bebas yang dikenali sebagai ALTERNATIF yang disiarkan setiap minggu. Dan bermula dari sini juga, semua kugiran yang datang dari kelompok bebas digelar sebagai ‘band alternatif yang membawakan genre muzik alternatif’(ntah apa-apa). Berbekalkan rancangan ini, ROTTW(dahulunya hanya terbit setiap 2 bulan),dan informasi dari rakan-rakan, kami(followers) berusaha mengumpul wang untuk hadir ke gig-gig serta membeli dan bertukar-tukar ’stuff’(ketika itu popular dalam bentuk kaset) yang berharga RM 5. Jika tidak, kami hanya berurusan melalui pos sahaja. Cuba ‘adik-adik’ bayangkan betapa susahnya hanya semata-mata untuk mendengar sesuatu yang ‘magik’. Pada ketika itu, scene DIY Ipoh(Ipoh Rock City) sangat happening dengan gig-gig metal dan indie. Medan Kidd merupakan medan pertukaran maklumat ataupun ‘one-stop-centre’ bagi budak-budak ipoh. Kompleks Yik Foong pula adalah tempat perkongsian idea dan pendapat yang meriah pada setiap hujung munggu. Manakala, di Kuala Lumpur, Central Market dan Kompleks Campbell adalah tempat yang wajib dikunjungi jika menghadiri gig di sekitar KL. Jika ‘adik-adik’ ingin menguji pengetahuan tentang muzik, sila kunjungi kedai kaset Auntie di Kompleks Campbell. Nescaya ‘adik-adik’ akan pulang dengan muka merah padam menahan malu(Auntie memiliki pengetahuan mendalam tentang senario muzik tempatan mahupun antarabangsa).

Kalian mungkin bosan dengan tulisan yang melalut. Tapi, ingatlah kalian semua tentang sejarah kita yang mungkin berulang. Akan saya rungkaikan di akhir penulisan ini. 28 Days, Sil Khannaz, Necrotic Chaos, Koffin Kanser, The Pilgrims, The Splatters, The Expired, The Bollocks, Muck, Catapuru, Apple Green, FTG, Butterfingers, OAG, Dead Mushrooms, Happy Nightmare, LYME, Prana, Republik Of Brieckfield, ACAB, The Official, Shizuka, BloodyMary, Fat Flat, Spunky Funggy, Spiral Kinetik Circus, Amigone, Carburetor Dung, Custom Daisy, Nice Stupid Playground, Skyjus, Acid Rain, Stone Angelina, Subculture, Infectious Maggots, Samarkhand, 7 Collar T-Shirt, Love Me Butch, Private Whizz, Langsuir dan banyak lagi adalah antara pemuzik-pemuzik bebas yang memberi satu ruang lingkup terhadap tohmahan yang dilemparkan masyarakat perdana selepas era kegemilangan Search dan Wings(kononnya tiada pengganti 2 kugiran hebat ini). Dan semestinya penghormatan harus diberi kepada satu-satunya kugiran ‘rebel’ semasa ‘Battle Of The Band’ pada era 80-an dahulu iaitu Blackfire.

Nice Stupid Playground

Dan…Julung-julung kalinya, beberapa tahun dahulu scene kita telah dibunuh dengan kejam tanpa diberikan ruang untuk menyelamatkan diri. Umpama pisau yang menikam tubuh itu ditarik dari badan kemudian ditikam kembali berkali-kali. Pedih…Perit… Scene seolah-olah mati. Peristiwa ‘Besi Hitam’ meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Gig-gig diserbu pihak berkuasa untuk menangkap PAK CIK HAMMER, PAK CIK PAKU dan entah apa-apa pak cik lagi kononnya bertujuan mencari bangkai kambing yang darahnya telah diminum oleh pengunjung gig(hahahahaha). Tapi, malangnya gig yang diserbu merupakan sebuah gig ’punk’. Namun, tangkap tetap tangkap!!! Balai cerita!!! Sebuah syarikat penerbitan akhbar tabloid telah menjadi ‘hero kampung’. Kononnya remaja Islam membakar kitab suci Al-Quran dan meminum darah kambing sebagai santapan. Berbulan-bulan propaganda mereka teruskan bagi memastikan remaja-remaja dapat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar(huh). Selama berbulan-bulan itu jugalah tiada seorang pak cik pun yang dapat ditangkap. Untuk rekod; pihak berkuasa negara kita telah diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui penyelesaian kes-kes jenayah. Sekiranya benar apa yang diprovok oleh akhbar tabloid tersebut, sudah semestinya pak cik-pak cik tadi sudah dapat ditangkap dan menerima hukuman setimpal di atas kesalahan mengedar darah kambing. Tika dan saat ini jugalah ‘GARUDA’ yang besar dari seberang telah menemui tempat baru untuk bersarang. Dan tempat itu ialah…MALAYSIA.

”BAPAKU MARAH LAH LAGI, HABIS…CD DIBAKAR, HABIS…POSTER DIBAKAR, HABIS….ZINE KU DIBAKAR…KALAU INI MACAM, LEBIH BAIK AKU JADI…MAT REMPIT, JADI MAT RAP, JADI MAT DISKO, JADI MAT POP INDON, BAIK AKU JADI…BOHJAN”-ini antara lirik lagu Sunut daripada Langsuir(harap maaf jika tersilap). Cuba kalian baca dan fahami maksud yang hendak mereka sampaikan.

bittersweet-band
Bittersweet : Picture by WRNV

Kini, pemuzik-pemuzik bebas telah bangkit kembali. Hujan, Meet Uncle Hussein, They Will Kill Us All, Sugar Loves Cookies, Lydia Diary, Bittersweet, Estranged, Couple, Pop Shuvit(sekadar beberapa nama) telah memberi nafas baru kepada scene DIY. Saya lebih suka menggunakan terma ‘BEBAS’ kerana ia sangat jelas untuk menggambarkan perjuangan pemuzik-pemuzik muda ini. Jangan sempitkan pemikiran adik-adik kita dengan terma ‘INDIE’. Dengan penjelasan yang panjang lebar, saya berharap kepada semua pemuzik-pemuzik bebas masakini dan ’followers’ agar bersatu dan sama-sama menyokong pergerakan DIY kita sendiri. Jalan yang sempit dahulunya telah terbentang luas. Hanya azam dan ikatan persaudaraan yang kukuh sesama kita dapat meneruskan perjuangan yang dirintis oleh ‘pioneers’ terdahulu. Biar berbeza ideologi, biar berlainan genre, biar tidak sependapat, namun jangan sesekali biarkan scene kita dibunuh untuk kali kedua. Sebatang lidi memang mudah dipatahkan.tetapi jika kita menjadi seberkas lidi, tiada tenaga yang dapat melawan. Fikir-fikirkan.

Artikel ini dipetik daripada http://veneelemilies.blog.friendster.com/2008/11/sejarah-mungkin-berulang/ bertujuan untuk berkongsi dengan para peminat muzik independent tanah air.

Comments

50 Comments on "Dulu underground sekarang Indie. What next?"

  1. monban on

    bagi aku .. band2 indie ni, msti ada simpan niat nak popular, wpun skit. tetapi band2 underground tidak. bila kita sebut underground, mesti ada yg beranggapan tidak elok. bila sebut indie, diterima pula masyarakat. so, memana band nak popular dan terkenal, bleh la menggelarkan diri mereka band indie. diorg gak bleh menganggap indie ni sebagai langkah pertama utk terkenal.
    nape aku cakap macam ni?
    1. band2 skang ni dah terikut2 dgn band2 mainstream. buat mtv la yg plg fakap skali. wat pe korg tiru diorg? mmg utk seronok2. tapi kan lagi bagus wat live video.
    2. band2 ug dulu slalu cakap, “kami bukan artis, kami adalah rakan anda, so takyah nak agung2kan kami”. skang band2 yg bergelar band indie ni la yg dok sebaris dgn band2 mainstream yang lebih tepat digelar artis.
    3. lirik. band2 ug dlu byk utarakan mende len selain dr cinta. skang hampir sume band indie membuat lirik2 cinta.
    dari 3 mende ni la. aku assume, yang band2 bergelar indie ni, juga hendak bergelar artis dan duduk sebaris dgn mainstream. wpun diorg tak sign dgn major label, tapi attitude underground dah semakin pudar. tepuk dada tnya hati.
    wpun aku tak pernah wat band, zine, organize etc etc. tp byk da aku baca artikel2 yang agak radikal, berani, dan penuh darah muda. dan sebab inilah mereka bergerak scr underground.
    tp skang ni, penuh glossy cover. wat kat kedai printing. interview mengarut2. haih~

  2. joe on

    memamg tidak dapat dinafikan lagi monban.. ade stengah ikut trend ada stengah tu sbb ikut taste.. ikut market.. tp we still have ug scene sbb ug akan kekal selamanya

  3. radiokuda on

    yup,zaman kian berubah….
    ape maksud perjuangan pd waktu skrg?
    memperjuang duit no satu,then bru pk pasal music….
    bersatu?
    bersatu ke kite skrg?
    ni juz pndpt aku….
    per pun,aku phm pe yg monban cube smpekn…

  4. darkthronez on

    satu artikel yg sangat menarik dan berjaya mmbuatkan aku tersenyum sendirian mengenangkan peristiwa2 yg berlaku dlm 10 tahun yg lepas, mmg tepat apa yg cuba disampaikan oleh sedara monban tu. sekrang ni followers dah smakin keliru apa mksud Ug dan Mainstream. bukan takat followers tapi mereka yg dulu berjuang utk hak dan pendapat mereka sendiri kini lebih kepada populariti. Maaf nk kata, bukan xbole nk popular kat luar tu
    tapi utk apa? alasan nya utk mengembangkan lagi music mereka selebar2nya, baik korg ckp yg korg nk buat duit je. kan lebih jelas dan tepat, xperlu hipokrit. ya, zaman dah berubah, dunia dah maju, apa guna teknologi. tapi itu bukan punca ideologi yg korg penah tabur satu ketika dulu, bercanggah dengan apa yg korg lakukan sekarang. bak kate org, ckap xserupa bikin. klu kite perhatikan, klu dulu cara DIY lebih kepada bgaimana pengurusan sesuatu perkara berlaku dengan sendirinya (untung diri sendiri) tapi dengan pengaruh media skrg ni. sumenya pasal duit. korang main konsert pun nk kena byar tinggi (artis skrg, bukan lagi DIY) – siap demand ag. buat album tu, bukan takat EP lagi dah. (EP pon siap cover dah mcm buat album) penah satu ketika dulu cover satu2 Ep tu hanya kertas fotostat je. dlam situasi mcm ni aku agak bersetuju dengan perjuangan Anarchi yg bencikan kemajuan. aku rasa klu zaman xberubah mcm skrg golongan2 Ug sekrang masih lagi seperti waktu ketika dulu.

    walau apa pon aku tau sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya dan pda mereka2 yg melakukan sesuatu itu pasti ada alasan sendri dan sbgai pencinta music DIY tanah air kite ni
    aku berpendapat ianya mungkin tanda bermulanya satu era “the Clash of The Titan” satu headline yg tepat utk menggmbarkan pepecahan antara ideologi dan juga perjuangan yg mereka lakukan sendri.

  5. joe on

    sesuatu berlakua ada hikmah disebaliknya.. paling kurang orang malaysia ramai yang dah suka local music.. yang nk jadik rawkstar tu biarkanlah… scene ug masih idup walaupun xdk rawkstar ni

  6. apis on

    aku sgt..sgt..sgt.. dan aku ulang lagi skali sgt setuju ngan post ko joe.. post terbaek! aku faham perasaan ko sebab aku mmbsar time era ‘underground’ dan bukan era ‘indie’ walaupun term n konsep hampir sama ia mmg sgt berbeza bg kedua-dua era ni… aku xnak slate era ‘indie’ skang tp bg pendapat aku zaman ‘underground’ lebih quality berbanding zaman ‘indie’ yg lebih kepada quantity… ade pro n con tp terpulang kepada pendengar siape aku nak judge org.. aku salute kat ko ko wat aku imbas balik time dulu2 thx

  7. Roket Borneo on

    saya kurg setuju la….coz indie nie just berdikari sendiri jak…huhuhuhuhuh…….n satu lagi jgn salahkan band luar…
    coz band luar pun ada genre indie jagk mcm indon the changcuters,white shoes barat ada the strokes,last shadow puppets..smua 2 band underground indie yang da lama bertapak…kita x bole jgak boikot sembarangn……btul x

  8. Roket Borneo on

    kalu ble biarla indie bernaung di bawah underground….
    biarla kerajaan boikot..nie la msanya kita memperjuangkan…pg mampus la sama kerajaan….yg pnting title UG still life…n indie just attitude x ble d sama kan dgn UG

  9. Roket Borneo on

    tapi apapun aq salute sampai mati band2 local malaysia yang berjaya mghidupkan indie…VIVE LE INDIE….

    n under ground still live….

  10. t.t_nelayan on

    kini undergroud dah maju kehadapan..
    dapat di terima peminat dari segala lapisan umur..\
    tua & muda,aku besyukur kerana..dulu famliy aku tak dengar..
    sekarang dah boleh nyanyi lagu underground contoh hujan,
    couple…dan lain2..
    kira maju la indastri music underground

  11. teddy on

    pasal indie . akuh respect band y cam siyes ngan genre nehh , bukan sesetengah orgg y hanye beranggapan indie sebagai satu trend yang harus diikuty .

  12. monban on

    haha .. kedai auntie. lama siot aku da tak jumpa dia. kalo dulu masa skolah, tiap2 minggu datang. dia sndri pun dah tahu aku minat genre apa. skang keje asyik donlot aje. korg nak tahu kenapa kita skang asyik donlot dari membeli cd/kaset/vynil utk support band2 u/g mahupun indie ni? sebabnya, harga da makin mahal. kenapa harga makin mahal? harga barang keperluan naik? tidak sepenuhnya. aku ada byk kaset yg tertera “pay no more than rm3”. ya. hanya rm3. glossy cover gak. cuma tak panjang2 lebar. kualiti sound. ok! baik. sampai skang kaset masih elok. so, nape cd mahal dari kaset? ada gak distro yg jual cd-r dgn harga rm5. still mahal gak aku rasa. sebab harga cd-r skang ni cuma rm0.50 sekeping. kualiti sume brand cd-r adalah sama. kecuali yg tak de brand tu. glossy cover? wat kecik2 dah la utk jimat kos. pas tu kalo ada tambahan, watkan photocopy booklet. ya booklet. Saha dari Embrace dlu slalu wat booklet. cd-audio datang terus dari kilang? dlu aku bleh beli cuma rm9. nape skang da rm17++. kalo kita tgk harga satu barang aje, mmg la nmpk murah. tp style aku beli dari distro melalui pos, ntah berapa stuff aku nak. kekadang tu, total harga utk 7 stuff, da cecah rm100. cam ne aku nak support. aku pun kena pikir gak keadaan aku. nak gi gig lg. dah la skang ni gig kat mcpa slalu rm20++. kata harga sewa sehari rm500 aje. nmpk sgt organizer cai untung. ni da bukan ug. so wat pe aku support? jadi donlot mp3 aje la yg aku mampu. sementara tu, bleh donlot mende2 lain. bagi aku la kan, kalo ada sesatu band ug/indie tu sanggup release mp3 dan bleh dimuat turun secara percuma di internet, diorg ni la true ug. sbb diorg tak kisah pasal untung. dan tak pikir pasal nak balik modal. yang penting, perjuangan. mesej yg diorg nak sampaikan. ok what? kat internet, bleh tersebar luas ke serata dunia dgn lebih cepat! kalo nak jugak balik modal, bg tahu la si pemuat turun kat internet ni yang mp3 ni sbenarnya, kualitinya lebih rendah dari audio-cd. ini adalah kenyataan. mmg sukar utk dibezakan lebih2 lagi kalo guna flac instead mp3. wpun flac adalah lossless dan kualitinya dikatakan sama dgn audio-cd, tetapi ianya tetap tak sama dgn audio-cd. kalo nak gak jual audio-cd sampai abis stok, bg la free gift. button ke, poster saiz a4 ke, zine lama2 nye. apa salahnya?

  13. Hyde on

    peristiwa ‘BESI HITAM’…
    memamg pedih….
    sumer kaset2 aku… amk aku rembat…
    ‘ dh pandai yek ko join bende ni(besi hitam).’
    bile plak aku besi hitam…sobsob…
    aku mmh lyan ‘besi’… tapi besi lain la..huhu…

    pehal2 support our LOCAL acts…
    whatever their genre..

  14. kakak on

    yang penting indie ke underground best~~~

  15. sompet on

    salam… wa mmg sokong 100 peratus… betapa susahnya zmn dlu dlm kembangkan aliran muzik u.g ni.. wa nak gelak pon ad gek.. mse uncle hammer ngan uncle paku kantoi.. hbs satu negara chaos! pkai patchers transformers pon ke balai gak.. semua dress mat jambu siot.. tp wa tau u.g sence takkan mati.. sbab dia underground, kita mana bleh nampak kan.. indie ni aliran u.g gak, tp lagu ngan gig diorang soft skit la.. ad yg aggro jgk.. wa pon sjak u.g da tak nmpk, layan indie je la.. hahaha kebanyakkan u.g dlu menyusup kedalam indie skang.. brader2 u.g pon wa ad jmpa mse gig indie.. diorang pon lyn lgu je.. mana2 sences pon same.. all bout music.. terkenang terbayang tak dapat ku lupakan,tapi sayang semuanya tinggal kenangan… temanku kasihku, ku ingin seperti dulu, bersama menjelajah dunia…The A.C.A.B.. underground rocks!!!!

  16. Rai on

    Best lar artikel ni. Kita dapat gak tau sejarah scene underground mase dulu. Maklumlah, mase zaman kegemilangan ‘underground’ ni dulu, kita masih muda & x tau ape-ape pon pasal scene underground ni. Rase sayang pon ade gak sebab kita tak dilahirkan lebih awal untuk merasai sendiri betapa best nye scene ‘underground’ pada mase tu. Rase sedih ngan sori sangat sebab band2 yang menjadi pioneer kepada muzik ‘bebas’ ni dipandang rendah, diperlekehkan dan disalah anggap sampai macam tu sekali pada suatu ketika dahulu. Harap-harap, pada masa yang akan datang, muzik ‘bebas’ ni akan lebih maju, tidak akan lagi dipandang serong, lebih diterima dan lebih bebas untuk dihargai dan diiktiraf oleh semua golongan masyarakat di Malaysia ni. Izinkan kt simpan artikel ni leh x?

  17. han!ff on

    yeah3
    gua sokong artikel di atas….
    kalau dulu bersepah2 band2 otai d.i.y. macam langgarxlari, domestic doktrine dan lain2.
    tapi skang sumer band yang indie ala2 mainstream…
    at least jgn la luperkan orang lame kiter…
    ader lak lagi, mase dalam reality show nyanyi sentimental, dah popular tetiber jadi indie….
    it’s not that we cant change..
    tp jgnla tetibe lari dari pegangan asal…
    adiozasayonara

  18. kay on

    yeah ako pun rs ug skang mcm dh xda sngt….indie mcm mengaburi mata pihak lawan dan kawan2 jer,,,,,ako g gak tgk indie fest last year….band indie lain mcm mmg rawkstar…just ako tgk the pilgrim jer masih mcm ug dlu2…perkataan sering didengar dlu2 ms gig..kami bkn rawkstar….haha…
    kami adalah rakan2 anda…..

  19. kotkawelah on

    kawe dok suka band indie hok nok ke popular jah…kito mesti ada attitude..bukan sekadar wat band,tp kejar populariti..klu sekadar nk popular baik msuk realiti show..gpo2 pun kawe tetap sokong indie..sapo lg nok maju lagu kito klu bukan kito sendiri…..tp ingat deh,,attitude penting ..jgan ingat nk sohor jah..rock n green!!!!!!!!!!!!

  20. indiekid on

    Ayuh semua indie community,AYUH BANGKIT!!!!!!!!!!

  21. veneelemilies on

    thanks to all readers…thanks to joe… this article is about our root and our future. nobody can help us. buang semua birokrasi. just main muzik. peduli ape kata orang. kita bukan rompak rumah orang. tak semestinya seorang punker berambut mohawk!!!

  22. Joe on

    itu dia vaneelemilies original author.. thanks for your respons. Yup guys just produce good music.. people will love it 4ever

  23. azrul on

    aku ialah dak2 yg tergolong dlm kalangan 21 tahun ke bwh & x pernah merasa ke’happening’an scene ug dulu2. bile aku bce artikel & post2 kat ats td, baru aku taw yg aku bkn keseorangan merasakan yg kebanyakkan dak2 skang follow ‘indie’ sbb trend. 2 psl aku menyampah tgk dak2 skang dok heboh dlm myspace yg mereka nie kononnya berjiwa indie. mgkin aku terlalu skeptikal tp sejujurnya itulah apa yg aku rasakan. mgkin jugak sbb sikap aku yg suke apa yg org x suke & x suke apa yg org suke. tp apa yg pasti, aku x mengamalkan sikap prejudis & discriminasi dlm music. aku jugak bkn kipas-susah-mati lagu2 ‘indie’ sbb aku rase ada antara mereka yg xde la bagos sgt. bese2 je. tp most of them mmg bnyk buat music yg cambest & unic. nyway, aku suke artikel kat atas 2.

  24. soulzs_vill on

    TAHNIAH Joe!!! aku cukup bangga ngan cara pemikiran hang yg tidak berada dikepompong lama… Bagi aku ini la REVOLUSI… setiap zaman memiliki titian perjalanan yg berbeza tetapi tujuan ya SATU…

    Aku rasa MONBAN ON ni dia tak BERPIJAK di BUMI yg nyata… ni dah tahun 2009 n zaman ni bayank bezanya ngan zaman 90’s… Adakah anda pencinta MUSIC??? Music ni terlalu subjektif dan orng mcm hang aku rasa hanya la pendengar biasa dan mungkin hanya POSER semata2 yg melaungkan2 kehebatan UNDERGROUND… perkataan UNDERGROUND ni pun dah mencerminkan kita ni terikut2 ngan cara barat… adakah ni MUSIC yg ko bangga2 kan? bagi akun MONBAN ON ni terlau naif tentang SCENE UNDERGROUND ni…

    Finally, biarlah komen tu lebih membina drpda menjatuhkan industri music kita… peace///

  25. Joe on

    sori soulzs.. aku bukan original author.. penulis asal nama dia veneelemilies dan artikel tu aku amik daripada blog dia http://veneelemilies.blog.friendster.com/2008/11/sejarah-mungkin-berulang/ dengan harapan aku leh kongsi2 dengan korang semua

  26. retro on

    yup..
    dulu mmg ssh gler nk pejuangkn musix ny..
    tiap kali gig ade jek rush.
    so, finally support our local band

  27. Acap on

    aku nak bagi komen l mengenai topik ini…:)
    kite mula pada basic jek laa.. underground tu sendiri terjadi bile umum tidak boleh menerima music sebegitu…sebab tu ianya berada di bawah tanah…cuba bayangkan keadaan terbalik…muzik hardcore or grindcore diterima umum dan disiar di tv dan radio secara massa? dan muzik pop leleh diterima golongan minoriti? tidakah dah jadi underground, muzikpop tu?huhu vice versa saja…. jadi bila umum sudah mula boleh menerima muzik “so called indie” (padahal lakukan secara independent bukannyer genre indie, adekah band skudap skudip (contohnye) memainkan genre indie rock?tidak kan..tetapi mereka masih independent (indie)..kena paham term ni dulu lah kan….tapi biasa lah media suka meletakkan nama nama panggilan tanpa buat homework..so jadi la cam skang…suma nye pon indie kekeke….

    berbalik kepada kuantiti melebihi kualiti….hemmm muzik independent malaysia skang baru nak up..baru nak diterima umum..sumenye dalam proses kira baru jugak la..so ape yg nak dirisau…band yang ditubuhkan sebab trendy pasti tidak kekal lama..band yg betol2 main muzik yang dieorang suka,jujur,ikhlas dan pandai memasarkan muziknya pasti akan bertahan dan disukai ramai…jadi pada saya…berilah peluang untuk scene independent ni membesar…lama kelamaan hanya yang berkualiti akan stay…banyak juga contoh band dari era awal underground dulu sudah berjaya skang seperti butterfingers, oag etc…tak mustahil band band baru skang ni tak boleh jadi macam abg2 senior dieorang?kenapa kita perlu meletakkan limitasi kepada muzik kita? selagi ramai yg mahukan muzik ciptaan kamu…apa salahnya untuk membesar? apa salahnya untuk membuat video clip yg bukan live video? untuk live performance..sila lah datang gig/show band yg kamu minat tu..baru laa dikatakan menyokong…tidak akan tercipta or bertahan nya MTV or Channel V jika semata mata menyiarkan clip live sesuatu artis atau band..manusia ni bile dah suka audio..die akan lebihsuka jika audio disertai video…”video kill the radiostar” 🙂 ini lumrah..kalo x…takde la inovasi peti tv tu skang dah jadi maam fram gamba lekat kat dinding kan?

    apa salahnya membuat cd yang glossy,exclusive, yang cantik bila dipandang,dpgang apatah lagi mendengar lagu yg berkualiti menetapi citarasa diri? baru lah ade sentimental value disitu…:)
    zaman lewat 80an n 90an dulu..band band buat pakai photostat sebab teknologi nak print cantek n glossy maseh begitu mahal dan tak banyak lagi..sekarang ni suma sudah mudah..bley jek nak print cantik guna printer kat rumah saja..:) jika kita ada band..mesti nak kuarkan produk yg memuaskan hati…biar berbaloi..biar record mahal2…biar print cd mahal..janji puas hati…dan yg penting takde orang bley kacau kreativiti kita nak berkarya :)…

    apa salahnya lagu cinta? memalukan ke mendengar lagu cinta? tidak intelek kah mendengar lagu cinta? adekah celine dion seorang yg kurang pandai muziknya disebabkan menyanyikan lagu cinta?adekah john mayers atau jason mraz seorang yg picisan disebabkan menyanyi lagu cinta? tema atau lirik berbalik kepada konsep dan kejujuran band itu sendiri..jika tidak arif menulik lirik politik…kenapa mesti hipokrit semata mata tidak mahu dilabel band lembek dan tak intelek? ya…bagos jika lirik lagu sesebuah band tu dapat menyelamatkan dunia, cerita politik,cerita heavy2….maknanye band tu seorang pemikir..macam RATM dan lain lain…tapi jika tema cinta tu yg datang dari kejujuran hati pengkarya..luahan hatinya..sebangsat bangsat lagu die pon..at least tu yg paling jujur ….senang kata…buat lah benda tu dari hati…dan kita tau ape yg kita buat…ape yg kita targetkan…tengok Dewa 19..bukan mahu bias atau apa saja yg negativ..tetapi Ahmad Dhani sangat berbangga ngan konsep cinta bandnya..cintailah cinta..kasidah cinta…satu…semuanya cinta..tapi lihat bagaimana die susun atur kesemua benda untuk tidak nampak cinta itu lembik,tak ilmiah, memalukan…weeey….Ozzy Osbourne pon kawen weh!hahah SUPPORT GOOD MUSIC…orang yg meletakkan batasan kepada dirinya dalam mendengar music..adelah satu kerugian kepada dirinya… selagi muzik itu tidak menyesatkan..ataupon negatif…so whats the problem? if mamat ni dengar lagu eddie hamid membuatkan die rajin berkerja…produktif..sampi dapat anugerah pekerja terbaek…apa salahnya lagu eddie hamid tu? huhu benda ni sangat subejktif..:) macam guna pisau untuk potong ayam…kan ke bagus…bley masak…kalo gune pisau tikam orang x pasal2 kan ke bley bawak masok jel? huhu

    dan ini lah dia sikap orang kita…cepat buat assumption dan tidak mahu memberi peluang kepada bangsa sendiri…jika ada beberapa yg buruk..suma lah dikatakan buruk…pastu band band lokal padam semangat…salahkan band tempatan xde kualiti…macam mane nak ade kualiti ..kalo baru nak berkembang kena cantas? patotnye yg senior2 ni tunjuk jalan dan komen membina…dan band2 muda pon jgn lah kerek ngan senior ..ilmu perlu ada juga..bukan hanya bermuzik..malah ape benda pon lam dunia ni….

    tu saje la kot saya nak komen..sorry if ade terkasar bahasa or ade terlari topik …or contoh2 yg saya bagikan dangkal..x bernas…x bijak…saya mohon maaf..saya juga manusia biasa yg tak lari dari kesalahan…just speak up my mind jek 🙂 sama sama lah kita memperbaiki diri..salam!

  28. veneelemilies on

    undeground atau mainstream xpenting.yg penting penerimaan.sori kalau aku kasar sket. tp, jgn cerita psl ethic kalau kita bincang psl muzik. bg aku, ethic is nonsense!!! kalau ko ckp ko brpegang ngan ethic ko, tu hipokrit. “aku rock..aku xsuka muzik lain selain rock..aku dh dgr smua lagu2 rock…tp syg, family aku kt umah xminat lg rock…diorang suka dgr lg siti nurhaliza…ntah ape2..tajuk pun AKU CINTA PADAMU…” NAH… kn hipokrit tu..kalau nk cite psl muzik ni xkn abis sbb masing2 ade alasan sendiri. tentang lirik pula, aku rs xpenting pn..jaNJI muzik ko bagus..then br org bc dan faham lirik yg ko buat. xslh kalau ko suka lirik2 cinta.itu dh tradisi org melayu. org kita ni suka pd benda2 yg indah.. pemikiran tipikal org melayu. kalau korg btl2 nk dgr lagu cinta dgn lirik melayu yg bagus, sila dgr lagu2 dr monoloQue. skang ni market kita tgh meriah dengan ‘indie’. lantak la kalau org nk ckp ape pun, janji muzik kita diterima. indie ni sebenarnya telah ‘dimainkan’ oleh org yg berduit. diorang tahu bkn semua muzik tu indie tp sebab term ‘indie’ tgh panas, mereka guna nm tu untuk duit.tak kesah la…yg aku paling suka, lagu2 band2 kita dh berlambak kt radio. tu lgkah pertama. lgkah kedua ialah, kualiti…pasni, lagu2 yg sekadar untuk suka2 tu tak payah la putar kt radio.indie indie jgk, kuaLITI kne jaga…skang ni aku tgh minat giler dgn ROCK N ROLL JOHN. diorang bkn ‘indie'(DIORG NI INDIE DR SEGI MOVEMENT, BUKAN DR SEGI GENRE) tp memang rock n roll tahap gila babas! erm…finally, ade jgk ank2 muda yg main muzik cam elvis..yg penting, org cam JOE ni lah yg byk membantu kita sebenarnya. sbb JOE ni ade awareness. sbb dialah, byk idea2 bernas yg kita keluarkan. kita bkn profesional, tp xsemestinya idea yg bernas dtg dr org2 pro je…BERILAH PELUANG MUZIK KITA BERNAFAS…JGN BUNUH KETERUJAAN BAND2 KITA. DAN, JGN TERLALU HIPOKRIT.THANKS JOE!!!

  29. Joe on

    thanks a lot to veneelemilies dan acap.. hepi betul aku dapat respon macam ni.. trus semangt nk maju kedepan.. kembang idong aku ni ha.. aku xpandai nk komen banyak2 kat sini sbb aku sdirik pon cetek ilmu.. apa yang ada dalam kepala otak aku skang ni malayapark leh tolong mana2 band nk promo ep ker single ker.. pastu kitorang kat MP terima apa saja cadangan yang membina.. indie ke underground sama2 la support.. muzik kita tengah berkembang.. kita bukan inventor tapi kita inovator.. muzik grunge, rock, hardcore bukan datang dari malaysia.. so kita tiru n buat dengan cara malaysia.. macam kereta la.. yang invent orang US kan so tgk yang popular kete Jepun.. kawan2 semua support band2 kita support malayapark.. Malayapark.com team akan buat yang terbaik walaupun masing2 ada komitmen.. chill

  30. sompet on

    huhuhu panas panas… skali owner turun da..
    takpo takpo..eden suko…
    manyak knowledge yg den dpt…
    hahaha baguih dok ado eh…

  31. Acap on

    yeaaah!!! aku stoju ngan veneelemilies!!!tambah2 pasal ethics tu mmg la betol! huhu…yeahh dan aku nak ulang balik kata kata veneelemiles yang inspiring….
    BERILAH PELUANG MUZIK KITA BERNAFAS…JGN BUNUH KETERUJAAN BAND2 KITA. DAN, JGN TERLALU HIPOKRIT.THANKS JOE!!!

    kudos!

  32. jzon on

    bro, jangan lupe rancangan Alternative…itu lagi rare, host die sape aku tak ingt weng, sebagai salah seorang yang lahir dalam tahun 80 -an, luorang mesti tau sejarah zine pertama yang diterbitkan adalah di terengganu…heheheheh..gigs 95,96,97,98,99,2000 terbaik ,beb…kedai auntie, kedai kat pertama compleks tu pun terbaik..ethic and all those ideologi mengigatkan aku pada zaman crusties..heheh,tak bole bas, kene jalan kaki,tak bole makan mcd…hohohohoho!!!Napalm Death dah boikot sume tu dah lame dah, kalau luorang nak cite pasal ethics nih pening brade, main musik je jangan peduli ape orang kate, lu buat ape lu suke…

  33. Acap on

    hahah yeaah! amik mana yg patot saja…:D ahaa alternative..ahaha giler besh rancangan tu…seb baik ko ingatkan..hampir terlupa…tapi time tu aku bebudak lagi..suka tengok..tapi xbrape nak paham ahaha..

  34. veneelemilies on

    okay…stop talking about ethic..hehe..korg pnah dgr band NOFX???pnah tgk klip video franco un-american. diorg memang fuck giler dkt burger king, converse, n sume product america. tapi, korg igt x ms diorg dtg malaysia dl…ape yg diorg cr lps turun kt klia?? BURGER KING.. hahahahaha. temberang nye mat saleh…kita jgk yg terikut2…trengganu…yeah…legasi punk rock bermula dr ank trengganu…org yg bertanggungjawab memperkenalkan genre punk rock kt malaysia ialah mr.kombat ngan joe kidd..actually, aku ade artikel terbaru tp blom bleh publish lg sbb ats sebab2 tertentu.. aku tulis psl satu teori konspirasi bout kenapa jualan album kita lembap…nanti aku bincang ngan joe dl…best r forum ni…aku rs byk benda boleh aku kongsi…terbukak sket minda. xkesahlah org nk ckp ape..bg aku 1 je…xpyh sibuk2 nk condemn org lain…kalau rs org ni xbest, org tu xbagus, apakate buat muzik sendiri n bg org kritik pulak..hahaha…kalau mcm ni terus menerus, muzik kita takat tu je la…(kenapalah org kita ssh sgt nk bersatu????) erm….come on guys…wake up!!!

  35. Acap on

    hahaha yeah…betol2..ethics? kenapa susahkan benda yng mudah? ahaks..NOFX…aku dengar lagu all of me jek ..tak silap tu lagu cover kan? :D..joed kidd..kombat..band hijrah (the pilgrims)..wahh kosnpirasi jualan album?menarik ni ..cepat la post venee! 😀

  36. the BURITCHS on

    yes…ugers mc idup…lets continue underground tradition…!!!!jgn manja sgt…nti 1 ari,ko akan kena boikot n respect the old underground…INGAT!!!traders diy stuff n letters is stilll alive…aku mc amalkan…IN GRIND IM CRUST!!!!

  37. sompet on

    tabiiiikkkk spriiiinnnngggg!!!!!
    venee sensei..
    hait!

  38. aCe+ on

    cool stuff guys.. keep in up. indie nor UG they r all malaysian yougster who just wanto express tehir music to teh world. we should give credit on that matter. music is subjective thats rite, so we should just support it rather than complaining n bringing us down back to the besi hitam incident.

    peace out!

  39. joe on

    venee kalo ang ada pape ni ha add aku pnya ym malayapark@yahoo.com or kalau ada stuff nk publishkan dekat sini lehla email kat aku malayapark@gmail.com artikel and mmg berkualiti masterpiece… elokla dikongsi dengan pembaca2 disini.. 🙂

  40. veneelemilies on

    bkn xnk post…sbb berkait dgn hakcipta…nanti korg bc dlm rottw je la..artikel kt atas pun dh msk rottw sebenarnya…nm btl aku pokweq@mae@awe…hehehe…i’m proud to be kelanteneese!!!!

  41. Acap on

    oh yeke venee? hihi patot la aku rase macam pernah bace b4 dis hihi..;D papepon tulisan ko bagos

  42. AYED on

    mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm…………kau betul2 selongkar zaman ug dulu..apa ko ckp mmg betul la,mmg seronok..betul2 harap email aje dulu kalau nak kontek member ug..buat zine plak,cari kedai fotostat murah,yg kepala gila bantai tulis tgn,yg kaki smart tu,buat la zine pakai komputer,tu pun kalau kat umah ada komputer,buat sampul surat pun pakai recycle paper,pastu balas surat pakai halaman belakang surat yg kita dapat,yg tulis surat pakai flyers pun ada…yg pakai stem sampai 10 kali pun ada..(siap tulis:if undelivered,please return to…alamat pengirim la),anta duit by pos untuk beli zine,kaset,cd-biasanya cara ni budak mmg gambel aje-,tak pun beli wang pos(kalau jumlah duit tu byk..sorokan duit tu baik2 dlm sampul surat..kalau tak mmg kena sapu dgn posmen..buat block,buat baju sendiri..tp senario dulu mmg best-diy-aku rindu zaman2 tu..sampaikan mak aku mengamuk la jugak…setiap minggu ada aje surat utk ko..ekau jual dadah ke?..walaupun dulu mcm kuno,tp dia punya erat..fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..tak tau nak ckp ape la…aku mcm nak pegi aje zaman 90an tu..

  43. mass on

    haha..setelah bc ni teringat zmn2 dlu..mmg dlu payah nk bli stuff..mn reti lg nk men tenet..nk dloadla.cr stuff mase gig xpn turun campbell carik..tp yg plg aku prasan skg bdak2 da xpegang ethics.in da music for money n fame..aku ingt lg membe aku dari penang man.kiteorg trade stuff gune pos je..rindu zmn2 tu

  44. palikil on

    hehe aku adalah generasi terakhir kut di dalam duni ug ni……
    pun begitu byak jgak aku blaja ttng duni ni….unite,peace,diy,sxe dan mcam-mcam lagi……sronok….kita bebas byak genre yang kita buleh tau,join dan enjoy(kecuali black metal…..hahahah bukan aku tak suka tapi aku tak paham ttg musiknya….sora dia tu nda jelas ngan musik dia terlalu berat tuk aku enjoy hahahah tapi aku tetap amik knowladge genre ni)di bandingkan ngan sekarang memang la terlalu jauh beza….mcam lebih mementingkan dressing,trendy dan mainstream,bukan apa la 2 hak masing2sndiri mo ingat la kawan hahahah tapi,sekurang-kurang nya……kita jgn lari dari apa yang kita perjuangkan selama ni,mungkin zaman ug ni sudah tamat kut,aku kata gini sbab indie bukan aliran budaya seperti mana ug indi hanya barisan genre musik yang mengunakan prinsip diy……(btol ka ni kalu salah maaf la ye hahahaha)

  45. nashrieck on

    artikel ni ada kat rottw kan?

  46. LaNLaN on

    salam. . . Nice artikel. . .aQ baca rasa aQ ada di dalam zaman abng2x semua hehe. . Btw saport local band malaysia (d.i.y)

  47. L on

    salam all..aku bace semua artikel ni mmg sume idea2 bernas..perspectif yg berbeza dpt kita semua baca dan paham. tentang indie itu sendiri aku pun x berapa pasti asal usulnya..genre sebenarnye. tp aku mmg tgh nak memahami ‘movement’ yg diorng bawak ni.

    utk pengetahuan korng aku tgh buat 1 research utk thesis aku berkenaan indie ni. aku propose utk bangunkan satu ‘centre’ utk
    local indie/UG band berkumpul dan perform kat situ.
    venue akan jadi lebih proper dan terkawal. dan benda ni gak sebgai platform utk diorng sume bertukar2 pendapat cerita dan sebgainye tnpa ada cmpur tgn ‘org atasan’.

    jadi klu ade sape2 volunteer nk tolong aku sila la pm ke email aku ye..benda ni klu buat bole maybe bole jadi

  48. fared Left0ver on

    Gerakan Grunge Bangkit!

  49. plam on

    aku mmg supporter underground sejak dulu lg…meshuggah bila nk wak kluaq album baru..!!

  50. sha on

    aku terlalu rindu zaman ini, kalau boleh ulang aku nak zaman remaja aku kembali semula