Classmates

Submit By :

About Classmates

Outta My Head

Pada 25 july lepas UTM Skudai telah mengadakan event Karnival Mutiara Seni dan telah memberi peluang kepada MP menjadi organizer gig di event tersebut. 9 buah band telah menyertai event tersebut seperti Primadoniz, My 2nd Juliet, No Caption, Pic O’ Sunday, Kektus, Out Worn Shoes, Pretty Vancent, The Jeffry dan Classmates. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada band2 tersebut yg sudi hadir dan member kerjasama yg baik. Jadi review kali ini sya ingin mempekenalkan salah satu dari 9 band tersebut iaitu Classmates.

Band yg dikenalpasti kewujudannya di Kota Tinggi, Johor Bahru ini mula ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2006. Agak lama juga band nih ditubuhkan tidak hairan laa persembahan diorg d UTM gempak dan kemas. Byk kritikan positif yg diterima rata2 mengatakan kagum dan enjoy dgn persembahan mereka. Dan ada juga yg berpuas hati dan selesa dgn anggota2 band ini yg dikatakan sugguh friendly dan mesra alam.

Bergenrekan altenatif / punk/ rock diorg bley dianggap berjaya membawa genre ini , dgr sahaja lagu2 yg diorg mainkan sugguh bertenaga dan sedap. Satu jer yg aku respect n salute kat band nih adalah lead guitar n drummer diorg. Mmg besh timming yg tepat. Ketukan yg padu dan bertenaga, tidak berterabur. Lead guitar dia plak begitu power n loud serta cuba memenuhi setiap ruang yg ada. Dan berjaya menghasilkan satu muzik yg sedap. Vox dia plak xkurang hebatnya bersugguh2 menlontarkan suara walaupun ada terdengar sedikit bunyi Pop tp kira ok laaa.

Selama bertahun2 mereka bertungkus lumus berlatih, terperap lam jamming diorg akhirnya berjaya menghasilkan demo pertama diorg iaitu The Initiation demo . Dan difahamkan akan mula dijual pada bulan 8. Demo itu memuatkan 5  lagu iaitu Outta My Head,  Classmates, Star , Friend forever dan Outta My Head versi piano. Only RM 5 ringgit for one piece. kesemua lagu yg dihasilkan adalah dalam bahasa inggeris maybe akan dtg try wat lam bahasa melayu plak, cina ker tamil pun ok gak haha….

Line up band ini terdiri daripada 3 org anak muda iaitu Topek aka vocal n bass(17 thn), Elmo aka drum(18 thn), Ajim aka guitar n vocal(19 thn) dan Ucop (Hours to Bleed) aka sessionist guitar. Ketiga2 mereka berasal dr Kota Tinggi , Johor Bahru. Influence diorg lak diri sendiri. Bagus laa haha… Gig yg diorg pnh join seperti Jamming Session, Fight Global Warming, Music Modern dan Karnival Mutiara Seni UTM Skudai. Diorg juga prnh di interview oleh majalah yg plg pemes, apalagi kalau bukan ROTTW!! vol 149.

For info or  any event/ show contact:-
http://www.myspace.com/kamiclassmates

Editor by Nice


Cover Demo The Initiation (RM 5 ringgit 1 piece.)

Comments

One Comment on "Classmates"

  1. syazwani on

    best siak!!!nak demooooo