The Emphysema band pilihan aku!!

Submit By :


The Emphysema

Sebuah lagi band dr Selangor yg secara rasminya ditubuhkan pada tahun 2003. Pada awal penubuhan band ini mereka hanya memainkan lagu-lagu cover sahaja. Band ini dianggotai oleh 4 org anak muda iaitu Ajip, Pa’an, Aspa dan Afiq dan masing2 belajar di tempat yang sama (Sek. Men. Teknik Selangor, Sg. Buloh) dan berada pada kelas yang sama. Ijat dari kelas yang berlainan( ex-Band The Emphysema) selalu lepak bersama2 mereka. Dan pada masa itu mereka tidak pernah terfikir untuk menubuhkan sebuah band.

Pada tahun 2003 Pa’an telah menyatakan hasratnya untuk mengajak member2nya berjamming kerana pada masa itu mereka tercari2 aktiviti untuk dilakukan bg memenuhi masa lapang. Setelah berminggu2 berlatih jamming mereka mula menyusun line up masing dimana Ajip diberi kuasa untuk menentukan siapa yang akan bermain drum pada ketika itu.

Pada tahun 2004 atas usaha gigih mereka telah berjaya menempat diri di institut pengajian tinggi dimana Pa’an belajar di Politeknit di Shah Alam, Afiq di UITM Sarawak manakala Ajip dan Aspa di UITM Perlis. Cuti semesta merupakan waktu yang ditunggu2 oleh mereka kerana dapat berkumpul dan berjamming bersama2. Dan pada waktu itu mereka menggelarkan band mereka sebagai “Bad Guys Syndrome” tetapi menukarkannya kepada “O-type Blooded”.

Pada tahun 2005 pula Ajip mula belajar lebih mendalam skill bermain guitar, dan pada masa yang sama mereka sudah mula bosan bermain lagu2 cover sahaja dan Ajip mula mengeluarkan idea2 yang terpendam dan mula menulis lirik2 lagu bersama2 anggota band yg lain. Ajip yang merupakan vokalis dan mula mangambil position bermain guitar dan merasakan dia memerlukan seorang lagi vokalis untuk menyokongnya maka mereka memutuskan untuk mengambil Ijat. Dan mereka sekali lagi menukar nama band mereka kepada The Emphysema.

Pada tahun 2008 Pa’an dan Aspa menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah, Afiq masih dalam proses pengambilan Diploma manakala Ajip sudah menamatkan pengajian dan mula bekerja di Klang. Ijat terpaksa keluar dari band kerana mempunyai komitmen lain tetapi menjadi official photographer untuk band ini. Jadi Pa’an mengambil alih position 2nd vokalis tetapi masih lagi menjadi lead guitar. Pada hujung tahun 2008, iaitu bulan Julai mereka mula bermain gig2 kecik sehingga ke gig2 besar.

Idea menghasilkan lagu2 kebanyakkannya datang dari lagu2 melayu  klasik dan ada juga dari band2 punk, emo, dan rock international yang terkenal.

Menyifatkan muzik mereka sebagai serius dan jujur.Mereka hanya menghasilkan lagu dalam bahasa melayu selepas single “bintang palsu” diterima ramai.Mereka sendiri tidak pasti apa genre mereka sebenarnya lalu meletakkannya dalam kategori “emo pop punk”.Mereka sedang dalam proses pembikinan EP yang pertama….
Lagu2 demo mereka boleh didengar di www.myspace.com/theemphysema

lagu-lagu yang dihasilkan:-
2004
-Bitch
-Is it so hard?
2005
-Hit or Miss
-We
2006
-Lost in the Middle
-The Invisible Diary
2007
-Redo (from title is it so Hard?)
-Away (from title bitch)
2009
-Lagu untuk Gaza
-Ini Serius (from title Hit or Miss)

Line up:-
Ajip-voc & guitar
Pa’an-voc & guitar
Aspa-bass
Afiq-drum

For any event or show contact:-
– 012-3510009
http://www.myspace.com/theemphysema

Bintang Palsu Lyric

Bintang bintang seharusnya terang
Berkerdipan di angkasa raya
akan membantu tunjukkan arahku
tolong aku…

Chorus:
Twinkle twinkle little star
How I wonder what you are
Up above the world so high
Like a diamond in the sky
Twinkle twinkle little star
Now I wonder what you are
Kau hanya bintang palsu
pergi dari diriku

Tuhan tolong tunjuk arah padaku
Aku sesat oh kemana pergiku
akan membantu tunjukkan arahku
tolong aku…
OOOOO…kau bintang palsuku (4X)

Editor oleh Nice
Sumber oleh Mai

p/s: Terima Kasih kepada Ajip kerana sudi bagi info2 tentang band korang. Aku harap band korg akan terus maju dan kami dari Malayapark.com sentiasa menyokong korang.

Comments

6 Comments on "The Emphysema band pilihan aku!!"

  1. Joe Hamzah on

    good review cik nice.. ko dah semakin pro syabas2

  2. Nice on

    joe still amature agi nih….

  3. suffer8zine on

    wahhh
    kj yg rumit..heh

  4. jipsee on

    wahh!!!gud job la cik nice n cik mai

    salut2!!!
    kihkihkih

    timasih.masih ye

    ajip-emphysema

  5. Nice on

    chame-chame ajip..haha…

  6. kugiran_berdarah on

    aiseh tegoklah sapa yang duk tunjuk ajar nice nih hohohoho