Band Of The Day-Bluezymoody

Submit By :

Original post ditulis oleh paktam
BAND BLUEZYMOODY

SEJARAH BLUEZYMOODY
Bluezymoody telah ditubuh pada tahun 2005 dimana angota asalnya hanya 3 orang sahaja
yang di angotai oleh Paktam, Kecik dan Joe. Ketiga tiga angota ini telah memulakan
perjalanan band ini dengan hanya sebagai sebuah band jamm sahaja ketika itu. (Angota terkini dari kiri Smile(Vokalis), Joe(basis), Khai(Drummer), Tam(Guitarist)
vokalis-smileNama - Joe
Posisi - BassistNama - Khai
Posisi - Drummer
Lokasi - Cheras KL Nama - TaM
Posisi - Guitarist
Lokasi - Cheras KL
Bluezymoody adalah band berkonsepkan Bluesrock yang pertama wujudnya selepas era Sweet Charity di tanah air ini. Berbekalkan alunan Rock dalam melodi Blues yang ketara telah membangkitkan lagi semangat mereka ini untuk ke arena underground pada masa kini. Paktam selaku gitaris, Joe selaku pemain bass dan Kecik selaku pemain deram telah bergerak sedikit demi sedikit dalam pembikinan lagu dalam band ini. Tanpa penyanyi belumlah cukup syarat band ini namun perjalananan Bluezymoody akhirnya menemui Smile selaku Penyanyi tetap dalam band ini pada pertengahan 2008.

Bluezymoody telah menerbitkan 3 buah lagu sebagai tatapan untuk semua peminat dalam serata pelusuk Malaysia ini. Dengan nada yang agak retro serta sentuhan klasik, maka terbit la 3 buah lagu dari band ini yang berjudul KONTROVERSI, PERJANJIAN dan WE ARE ROCKSTAR. Kesemua lagu ini berteraskan Rock 70an dan sentuhan Blues dari segala sudut. Lagu ini juga telah mendapat perhatian segenap anak muda yang kian gemarkan konsep Bluesrocklass dari kami. Banyak juga olahan demi olahan berteraskan versi melayu dalam garapan lirik lagu band ini. Yang mengemari Rock pasti akan mengemari sentuhan muzik dan alunan lirik dalam lagu lagu band ini.

Secara umum, band ini masih lagi memperkuatkan daya serta mutu dalam segala aspek pembikinan lagu lagu yang berteraskan Rock 70an ini. Blues pula adalah sentuhan peribadi dalam mengambil mood yang berbeza untuk penghasilan lagu lagu Bluezymoody ini. Lagu lagu ini juga telah direkod dan di terbitkan sebagai DEMO REKOD yang pertama band ini.
Bluezmoody
LAGU BARU BAKAL MUNCUL kengkawan smua. NANTIKAN kemunculan ROCK n ROLL BLUEZYMOODY yang bakal direkodkan dalam masa terdekat ini. Rock n Roll Bluezymoody ini juga di antara lagu baru yang bakal mencetuskan pelbagai ideologi dalam sentuhan dan teknik serta mood lagu ini ..

PENGURUSAN & TEMPAHAN
Hubungi Kami di talian 0122421726 untuk sebarang jenis tempahan persembahan yang memerlukan Bluezymoody. Layari blog kami di http://www.myspace.com/Bluezymoody dan YM kami jikalau ingin berurusan dengan kami secara online pada ID – Paktam1979 (Paktam1979@yahoo.com)

We Are BluesRockGenGs

Contact
Myspace : http://www.myspace.com/Bluezymoody

Mana-mana band yang ingin hantar profil atau maklumat band anda silalah klik disini

Related Posts

no matches

Comments