Band Marble

Submit By :

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs348.ash2/62857_155916721098596_155908461099422_381843_2481910_n.jpg
BAND MARBLE

Pada hari Sabtu 4 dis yang lalu, band Marble adalah antara-antara band yang terlibat menjayakan Ipoh Mini Music festival 2010. Dan aku akui, tujuan aku pergi ke gig itu adalah untuk menyaksikan sendiri persembahan band ini secara live (kepada band Nota Muzika anda memang Rock n Roll!). Pada pendapat aku band Marble  ini ada harapan untuk pergi jauh jika mereka betul-betul serius dan focus.

Band yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini berasal dari Penang, ia pada mulanya  ditubuhkan hanya untuk mengisi masa lapang dan menjadi semakin serius apabila anggota2 mereka berbincang dan  bersetuju menubuhkan band ini secara rasmi. Bergenrekan Brit pop dan garage dan dipengaruhi oleh band2 luar seperti The stroke dan The Changcutter , local pula seperti band Hujan dan Bittersweet. Band ini dianggotai oleh Mohd. Azrulnizar B. Hashim sebagai  vocalist dan 2nd guitar, Lokman Hakim B. Ishak sebagai lead guitar dan backing vocals, Muhammad Khairul Rafiq B Kamarulzaman sebagai  bass dan backing vocal dan Mohd Sharil  sebagai drummer.

Pada 30 October 2009 mereka telah dijemput untuk bermain gig Malaya Hot Gigs selama 8 jam di Ipoh Perak.  15 November 2009 Marble bermain gig di Ayer Keroh Melaka . Dan pada  6 Disember 2009 Marble mengambil bahagian  di Bandit Anniversary Prelude di Chera Kuala Lumpur. January 2010 marble membuat persembahan di  Cyberjaya Drag Challenge. 27 March 2010 Marble mengambil bahagian di Sondmaker studio Penang called Revenge Liberated Generation gig. 10 April 2010 gig di Ayer keroh Melaka “Gig Ni Wa Baru Nak Cuba”.11 April 2010 Marble membuat persembahan di  Pandan Indah Kuala Lumpur “ Wohhoo!!!” Showcase. Pada  29 May 2010 Marble membuat persembahan di  Melaka Indie Fest. Marble mengambil bahagian didalam Battle of The Band di Penang Times dan  Penang Youth Jam 2010 Talent Search di Penang Times Square. Ini adalah antara2 gig2 yang disertai oleh band Marble.

Ipoh MIni Music Festival 2010

Stick Around merupakan lagu pertama yang dihasilkan sepenuhnya oleh band Marble sekitar Mac 2009. Dan sekarang Ep mereka masih lagi dalam recording di Kamar Seni (Ag HUJAN) Studio dan memuatkan 5 buah lagu. Disini aku nak kopek satu lagu band ini sebagai ulasan. Globalisasi merupakan salah satu lagu antara 3 lagu  yang telah dimainkan oleh band ini di gig Ipoh Mini Music Music Festival 2010. Permulaan yang agak kurang menyakinkan tetapi lama kelamaan semakin konsisten dengan arrangement muzik yang agak kemas akan tetapi vocalnya yang kurang jelas dan sukar untuk difahami setiap butir2 perkataan yang keluar dari mulut voc tersebut. Kemungkinan disebabkan oleh system audio yang begitu kuat sehingga menenggelamkan suara voc terbabit.  Jadi secara keseluruhannya, boleh tahan!

“Kepada kawan – kawan yang mengenali MARBLE,kami berharap agar korang akan terus menyokong kmi dan lagu – lagu kami,insyaallah awal tahun depan MARBLE akan release kan sebuah EP ALBUM.Salam satu malaysia kepada semua…….SUPPORT OUR LOCAL BAND IN MALAYSIA”

Line Up
Mohd. Azrulnizar B. Hashim – vocalist, 2nd guitar (2009–present)
Lokman Hakim B Ishak – Lead Guitar,Backing Vocals (2009–present)
Muhammad Khairul Rafiq B Kamarulzaman – Bass,Backing Vocal (2009–present)
Mohd Sharil  – Drum(2009-present)

Sebarang info dan pertanyaan/ contact untuk gig:
MARBLE on www.myspace.com/musicmarble
MARBLE on www.facebook.com/marbleband
http://www.reverbnation.com/gulismarble

by Nicexx

Comments

6 Comments on "Band Marble"

  1. org gile muzik on

    wow . . .cool band . . .best lagu and review

  2. wiwin on

    great! keep up the good work! rock on!!

  3. farha on

    go marble~~
    😛

  4. rafiq marble on

    tq keep support us ok

  5. ijoy on

    MARBLE Rock!!!!!

  6. Gulis Tega on

    marble best! support local band! bassist handsome 🙂