Awanband | MalayaParkDotCom

Awanband

Submit By :


Band Infos: Myspace
Bergabung intim sekitar 2007, struktur asas AwanBand terdiri daripada 5 kelompok awan kecil yang punya beza karektor wajahnya namun berkongsi minat yang sama iaitu, bermuzik. Kumpulan muzik yang berpaksikan rock dengan sedikit injeksi jazz ini terdiri daripada pasangan mesra sebilik Boboi (gitar kedua) dan Dugong (drum). Ully (gitar utama) yang gemar tersenyum itu menyertai AwanBand bersama Hassan (bass). Paliy pula di beri tugasan sebagai vokalis. Selang beberapa bulan, hasil beberapa siri perbincangan dan latihan muzik bersama, terwujud ketidakserasian koneksi antara ahli band yang lain. Mereka mengesan satu bakat baru yang di lihat mampu membawa angin perubahan pada keseluruhan AwanBand iaitu Ijan yang begitu terkesan permainan drumnya.

Atmosfera muzik AwanBand di mulakan oleh Boboi.,begitu gemar bereksperimentasi dengan jenisan muzik yang pelbagai yang akhirnya akan di fantasikan oleh ahli band yang lain.

Dugong terpaksa turun dari AwanBand menjadi pemain bass Hujan. Komitmen yang jitu terhadap pelajaran memaksa Paliy juga untuk turun dari Awanband. Komposisi AwanBand kembali lengkap dengan penyertaan Faris untuk vocal. Keseluruhan AwanBand kini semakin mantap dan serasi di tambah dengan keterbukaan juga kesungguhan mereka untuk memperkayakan lagi vokabulari muzikal yang telah sedia ada..

Kini mereka sibuk merencana EP pertama yang akan turun basah ke bumi tidak lama lagi. Untuk penganjur yang teringin merasai ‘keredupan’ dan ‘kedinginan’ melodi AwanBand, anda semua bolehlah berhubung secara terus dengan dewi rupawan mereka iaitu Qisha manja.

http://www.myspace.com/awanberaraklalu

Comments

6 Comments on "Awanband"

  1. riazu on

    agak cool.
    tp mane lgu nye?
    mcm kenal je sme ahli band.

  2. palala on

    pengenalan band sempoi..p’gunaan bhsa y agak tggi..huhu
    bley kasi lagu dorang x..nmpak cm hebat je….

  3. arman on

    tukarlah nama band korang(awanband)sebab dah ada nama kumpulan awan dalam mainstreem dah ada album pun .lagu depa pernah menang carta ..depa ni dh lama dalam industri kita..depa ngah siapkan full album kat australia skrg ni..lagu top depa tajuknya (biarkan)depa ni seiring ngan group2 rock 80an..vokalis depa ni org kuat industri kita.

  4. aku robot retro on

    agk smpoi…
    tp ak x penah dgr lgu korg…

  5. palala on

    lagu korang bez ah.
    ak ske..

    tp ak sket kompius laa…
    de org kte korang band dri indon????
    tol ke??

  6. same shaine indie on

    korang mmng best gler r ko ully min gtar mletop bro